Sunday, October 12, 2008

CERPEN CINTA : SETABAH HATI LAILA




“ Laila, sudikah kau mengahwini ku ?” kedengaran suara jejaka bernama Razif di talian.Laila hanya mendiamkan diri,kerana baginya adalah terlalu awal untuk dia menerima lamaran itu.Dia tidak pernah bertemu dengan Razif,hanya mengenali melalui chatting sahaja.Baru sebulan dia dan Razif berkenalan.Bermula dari pertukaran pendapat dan pendebatan hujah-hujah isu agama,Razif jatuh hati pada Laila..

“ Razif,bagaimana mungkin saya mengahwini awak sedangkan kita masih belum pernah bertemu?Macam nilah,lebih baik awak buat istikharah dulu.Saya pun akan buat istikharah.”Balas Laila dengan berkerut dahi seribu wajah kerana berfikir 1001 persoalan mengapa telalu cepat.Dia perlu mengambil langkah berjaga-jaga kerana perkahwinan adalah sekali seumur hidup.Dia tak mahu hidupnya tersia-sia akibat tindakan berkahwin terburu-buru. “ Ok lah Laila,saya sanggup tunggu awak dan apapun keputusan awak,saya terima.Tapi please jangan lah hampakan saya.Saya akan jumpa awak minggu depan.Boleh?”hampa kedengaran suara Razif kerana lamarannya terpaksa ditangguh-tangguhkan. “ InsyaAllah.Datang lah rumah saya, keluarga saya ada bersama.

Sebulan berlalu,Laila menerima Razif dengan mengikat tali pertunangan.Dalam pada masa yang sama,sahabat Laila, Mujahid bersedih kerana pengharapan nya untuk memiliki Laila tidak kesampaian.Mujahid telah lama memendam rasa dan bersabar untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik agar dapat menyunting Laila.Tapi,tempoh persediaannya itu telah menggagalkannya memiliki gadis idaman hatinya,gadis yang sentiasa sujud dan taqarrub kepada Allah.

“Razif,boleh saya tanya?Bila awak nak masuk pinang saya?maksud saya ikatan perkahwinan.Saya tak nak lama-lama ikatan tanpa sah.Kan lebih elok bernikah terus dari bertunang lama sangat” mengomel Laila tetapi cukup serius di talian.Razif mendengus dan bersikap kasar “ Eh awak ni tak ada otak ke hah?!Ingat kahwin tu senang-senang je ke?Pakai otak sikit jangan jadi otak udang sangat ajak kahwin.” Ya Allah sebegitu mudah Razif menghina diriku.Dalam tempoh tak sampai setahun bertunang,dia telah memaki aku.Bagaimana nanti jika sudah menjadi isterinya?Airmata Laila jatuh bercucuran.Kasih dan sayang telah timbul darinya untuk Razif kerana bakal menjadi suaminya sebelum ini.Tapi kata-kata dari Razif tadi menghancurkan hatinya.

Setahun berlalu,hidup Laila penuh dengan derita.Dimaki dan dihina sudah menjadi “makanan hariannya” bila bertemu razif atau bercakap di talian.Kadang-kadang Razif bersikap lembut dan penyayang sekali.Laila menjadi keliru,apa motif Razif melamarnya.Jatuh bangun Razif saat Razif mengulangi STPM secara persendirian,Laila yang mengajar,memberi nota,menghulurkan yuran kelas malam Razif.Semua itu agar Razif mendapat masa depan yang cemerlang.Juga demi kehidupan Laila agar orang tak kata pekerjaan suami Laila lebih rendah darinya,seorang pensyarah di UiTM.

Tibalah saat kemuncaknya,saat luluhnya hati Laila,suara Razif dari talian terdengar serius, “Laila,saya nak jumpa awak di belakang cafeteria UiTM.Saya tunggu awak situ.Jangan lambat sangat,saya sibuk ni.”Klak!Kedengaran Razif meletakkan telefon.Agaknya Razif nak beritahu dia sudah dapat pekerjaan agaknya.Terfikir Laila sambil tersenyum.Sudah tentu Razif ingin membincangkan tentang tarikh perkahwinan mereka.Ah!Tak lama lagi,tak perlu dah aku mendengar omongan saudara mara dan sahabat handai bila aku nak tamatkan zaman bujang ku ini.Gembira seribu bahasa wajah Laila tidak dapat dinyatakan lagi.Cepat-cepat Laila mengemas meja tulisnya dan menutup laptop lalu keluar dari bilik pensyarah itu.

Kelihatan Razif sedang duduk berbual dengan seorang wanita muda disebelahnya. Ah,mungkin adiknya agaknya. “Assalamualaikum..Lama dah tunggu saya?”Sapaan Laila mengejutkan tawa kecil Razif dan gadis manis bertudung itu. “Taklah,baru juga sampai.Laila,saya ada sesuatu nak beritahu awak.Harap awak tak salahkan saya selepas apa yang saya cakap ni.”Kerut dahi Laila mendengar satu persatu perkataan dari mulut Razif. “Ok,apa dia” jawab Laila lembut dan tenang.

“ Begini,gadis dihadapan Laila ni isteri saya,Aqilah.Kami baru berkahwin sebulan yang lepas.Kami kenal semasa kenduri keluarga angkat di Sarawak.Mak Ayah Aqilah menyerahkan anak nya untuk saya jaga dengan baik.Jadi saya nak putuskan pertunangan kita.Saya tau keputusan ini amat berat untuk awak,kami sekeluarga bersalah pada awak.Mak dan ayah saya kirim salam,dan dia dah pun beritahu pada Mama dan Papa Laila.Saya yang minta perkara ni dirahsiakan agar saya sampaikan sendiri pada awak hari ini.”Bagai dentuman guruh dan halilintar memecah bumi,Laila dengar butiran ayat yang terpacul dari mulut Razif.Dengan genangan airmata yang masih lagi mampu ditahan oleh Laila di hadapan mereka, terketar-ketar mulut Laila menjawab “Tahniah dik,Razif.Semoga kamu semua berbahagia.Dah takdir Tuhan jodoh akak dan abg Razif sampai di sini saja.Jadilah isteri yang solehah untuk Allah ye dik.”Sejuk jemari Laila menggenggam tangan Aqilah.Laila tersenyum dan meminta diri kerana tidak tahan menanggung genangan kolam airmatanya.

“Laila,saya akan berusaha bayar hutang –hutang awak sepanjang pengajian saya.”Jelas Razif bila nampak Laila berdiri meminta diri."tutur Razif malu.“Razif,saya tak kisah semua tu.Bila awak mampu,awak bayarlah.Keikhlasan saya tak sama dengan nilai duit sepanjang pengajian awak.” Senyum Laila pada Razif. “Laila,terima kasih atas pertolongan awak,saya dah dapat kerja sekarang,admin officer.Maafkan saya berkasar pada awak,kerana saya keliru masa tu.” Jelas Razif penuh semangat.Laila tersenyum dan mengucapkan salam lalu beredar hilang di sebalik bangunan ungu kuning UiTM menuju ke bilik pensyarah.

“Assalamualaikum!..” tersentak lamunan Laila di sofa sambil memegang album perkahwinan.Haa,ni mesti abang dah balik kerja ni.Laila yang sarat mengandung 8 bulan perlahan membuka pintu.Lantas Mujahid tersenyum di muka pintu dan mencium dahi Laila. “Awal abang balik,Laila tak masak lagi abang.Laila mengelamun tadi sampai tak sedar jam berapa dah.” Beritahu Laila jujur kepada suaminya,Mujahid. “ Erm ni mesti ingat kat Razif kan?Ni abang cemburu ni.” Gurau Mujahid sambil memeluk isterinya ke ruang tamu.Walaupun bergurau,Mujahid juga bermaksud dengan gurauan itu. “Abang ni,Laila buka album perkahwinan kita.Dan Laila teringat kan kenangan-kenangan lama bukan untuk dikesali,tetapi Laila bersyukur abang adalah pilihan dari Allah untuk menemani Laila sebagai isteri yang sah.Laila bersyukur sangat pada Allah,abang adalah yang terbaik untuk Laila.Dan demi cinta suci Laila pada abang,Laila dah hadiahkan cahaya mata sulung kita,Tohirah..”Senyum Laila pergi mendapatkan Tohirah yang nyenyak tidur di buaian,baru setahun 9 bulan umur Tohirah.

“Sayang,abang pun bersyukur sebab Laila menjadi suri hati abang.Abang sentiasa berdoa agar Laila menjadi milik hati abang secara sah.Dan doa mak merestui abang,Abang kini suami mu sayang.Laila lah permaisuri buah hati abang.Ni dalam perut ni kalau perempuan kita bagi nama Humarak.Kalau lelaki,kita letak nama Talhah.Ok kan sayang?” Tutur Mujahid kepada isteri tercinta.Laila mengaguk mengiyakan kata-kata suaminya.Malam itu,Mujahid membawa permaisuri dan putri hatinya ke restoran.Sekali sekala makan di luar katanya,siang tak ada masa bawa putri hatinya bersiar.

Dan bagi Laila,benarlah bahawa setiap apa yang berlaku ada hikmahNya.Dan jodoh yang lebih baik akan hadir pada waktunya.Bagi Mujahid pula,dia yakin bahawa Allah itu Maha Pemalu dan Pemurah.Allah Malu jika tidak menunaikan permintaan doa-doa hambaNya,dan Allah juga ingin sentiasa Mendengar rintihan dan doa hamba-hambaNya.Allah itu Maha Pemurah,setiap doa hambaNya ada yang cepat ada yang lambat kerana Allah itu bersifat Ar rahman dan Ar rahim. “Bila Allah cepat memakbulkan doamu,maka Dia menyayangimu. Bila Allah lambat memakbulkan doamu,maka Dia ingin mengujimu. Bila Allah tidak memakbulkan doamu,Maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik buatmu.Oleh itu,bersangka baiklah dalam apa jua keadaan,kerana KASIH SAYANG ALLAH ITU MENDAHULUI KEMURKAAN-NYA….

Bertemu lagi di cerpen yang menarik dan untuk santapan bersama.InsyaAllah.

Hasil Nukilan : Tohirahsufi
Email : tenuk_castelo@yahoo.com

1 comment:

Lady in heart said...

satu inspirasi bg muslimah agar tidak mudah goyah dalam memilih pasangan hidup.Dan pengajaran buat semua kaum Adam,jgn dipersiakan wanita yg solehah,kerana bkn mudah untuk mendapat yg terbaik dlm impian hidup kita.Perempuan yg beriman utk lelaki yg beriman dan sebaliknya.....Ana mula2 baca ni rase frust sbb Laila dikecewakan.Tp ending tu wat ana tersenyum,sbb Mujahid dpt Laila pulak.Masih wujudkan insan seperti mereka ini.Wallahua'alam.