Friday, December 19, 2008

CERPEN: CINTA PEJUANG HIJAB


Api kemarahan terus menyala-nyala. Seluruh negara bergolak. Jalan-jalan raya dipenuhi rakyat yang cintakan Islam. Jalan-jalan raya juga dikelilingi kenderaan-kenderaan merah yang siap siaga untuk memburu mangsanya. Manusia-manusia yang berbaju hijau, bertopi keledar dan berperisai merah terus menggempur rakyat jelata. Gelombang manusia yang cintakan Islam di sirami air yang memedihkan mata. Manusia berpakaian hijau terus menerajang, membelasah mereka yang membantah pengharaman hijab di sekolah-sekolah kerajaan.

**** Muaz semakin sibuk. Tugasnya sebagai pemimpin pelajar Islam di kolej mereka membuatkannya sibuk. Sudah dua hari kolej mereka di tutup kerana tiada lagi tenaga pengajar yang mencukupi. Pensyarah-pensyarahnya kebanyakannya telah ditahan polis atas tuduhan terlibat dalam gerakan subversif. Bilik pejabat persatuan semakin sibuk. Persiapan terakhir dilakukan. Mereka sudah tiada pilihan. Jalan rundingan yang mereka cadangkan dibalas dengan penangkapan pensyarah-pensyarah kolej mereka. Kini jalan terakhir ialah dengan cara yang dianggap sebagai ganas, tidak bertamadun. Esok, selepas solat Jumaat mereka akan berarak beramai-ramai ke stadium negeri untuk membantah penangkapan pensyarah-pensyarah mereka yang ditahan hanya kerana mempertahankan hak wanita mukminah untuk menutup aurat. Muaz meneliti suratkhabar lama yang terdampar di atas mejanya. 1 Januari- Menteri Pendidikan Persekutuan dipetik sebagai berkata bahawa arahan supaya tudung labuh diharamkan di pusat-pusat pendidikan kerajaan telah diluluskan di parlimen. Beliau juga mengatakan bahawa tujuan arahan ini dikuatkuasakan adalah unutk membasmi pengaruh-pengaruh ekstrimis dan subversive yang cuba disebarkan melalui hijab. Beliau juga dipetik sebagai berkata bahawa pemakaian hijab adalah lambang masyarakat yang tidak bertamadun. Ketika di minta mengulas tentang pihak-pihak yang menentang penguatkuasaan undang-undang tersebut. Menteri Pendidikan tersebut dengan lantang menyebut bahawa mereka yang menyuruh wanita memakai hijab adalah golongan yang jumud pemikirannya. Menurutnya lagi kita mestilah bersederhana dalam melaksanakan Islam. Beliau juga menambah ………………. Pembacaan Muaz terhenti di situ. Dia tidak sanggup meneruskan pembacaannya. Hatinya pedih melihat manusia yang mendakwa sebagai pelopor Islam sederhana menghalang umat Islam daripada melaksanakan kewajipan kepada ALLAH. Begitulah nasib umat Islam di sebuah negara yang diperintah oleh sebuah kerajaan yang menggelarkan diri mereka Islam sederhana.

**** Hati Aisyah semakin rungsing. Berita yang didengarinya membuatkan dia tidak senang duduk. Sudah bermacam-macam berita yang didengarnya melalui kawan-kawannya di kolej. Semuanya tidak menyenangkan hatinya. Aisyah segera mengambil kunci keretanya. Dia memandu dengan kelajuan yang maksima. Apabila tiba di perkarangan kolejnya. Dia segera menuju ke ibu pejabat Persatuan pelajar Islam. Dia melihat sekeliling mencari seseorang. Tiba-tiba seorang gadis, bertudung labuh menegurnya. “, ada apa-apa yang boleh saya bantu?” “Saya mahu berjumpa dengan Muaz.” “Oh, Awak mahu berjumpa dengan Muaz, Presiden Persatuan Pelajar Islam. Maafkan saya. Dia sedang bermesyuarat di dalam. Jika awak tetap mahu berjumpa dengan dia sila tunggu sebentar. Dalam masa sepuluh minit lagi Insyaallah mesyurat tersebut akan selesai,” terang gadis bertudung labuh tersebut. Aisyah hanya mengangguk. Dia melihat jam di tangannya. Sepuluh minit dirasakan seperti sepuluh tahun. Hatinya lega pabila melihat insan yang dinanti-nantikannya keluar dari bilik mesyuarat.

Muaz membuka kata. “Waalaikumusslam.” “Ada apahal awak nak jumpa dengan saya ni. Kenapa tak telefon sahaja?” “ Saya ada hal nak cakap sikit dengan awak.” “Apahalnya sampai tak boleh telefon. Kan saya dah kata saya sibuk sekarang. Cakaplah, selepas ni saya banyak lagi kerja yang nak dibuat.” “Saya nak awak berhenti dari kerja-kerja gila ni.” “Apa maksud awak?” soal Muaz tidak faham. “Saya tak mahu awak terlibat lagi dengan kegiatan subversif ni. Sudah banyak berita tentang kegiatan awak yang saya dengar. Dan saya juga ada terdengar yang nama awak ada dalam senarai pelajar yang sedang dipantau,” terang Aisyah. “Jika saya tetap meneruskan kegiatan saya, apa yang awak nak buat?” balas Muaz. “Kenapa awak degil sangat. Saya tak nak lihat awak ditahan seperti rakan-rakan awak yang lain. Kenapa awak ni degil sangat?” “Saya tetap dengan pendirian saya. Ini perjuangan saya. Ini saya lakukan untuk agama kita. Kenapa saya perlu takut? Awak mahu saya memerhatikan sahaja umat Islam dihina di bumi sendiri. Mana maruah awak jika awak membiarkan sahaja hijab gadis-gadis Islam terbuka. Mana maruah kita sebagai umat Islam.” Aisyah terus berlalu meninggalkan Muaz selepas mendengar kata-kata Muaz tadi. Baginya apa yang dilakukan oleh Muaz adalah satu tindakan yang bodoh. Baginya hanya orang yang bodoh sahaja akan mendedahkan diri mereka kepada bahaya. Sebaliknya bagi Muaz apa yang dilakukannya adalah sesuatu yang mulia. Semuanya adalah datang dari kesedaran untuk membela agamanya. Tidak terdetik sedikitpun di hatinya untuk memberontak atau mencetuskan huru-hara.

***** “Apa halnya Muaz?” soal Zaid selepas Aisyah meninggalkan Muaz keseorangan. “Biasalah perempuan Zaid. Dia terlalu risau yang aku akan ditangkap nanti.” “Tu tandanya dia sukakan kau,” sambung Zaid sambil tersengih. “Betullah apa yang Nabi kata umat akhir zaman nanti di landa penyakit cintakan dunia dan takutkan mati.” Zaid hanya mendiamkan diri mendengar kata-kata Muaz. Mereka segera masuk ke dalam pejabat mereka kerana masih bayak tugas yang perlu diselesaikan.

**** Laungan takbir terus bergema. Keadaan semakin gawat. Air yang memedihkan mata terus dipancutkan. Sudah ramai pelajar di tarik masuk ke dalam trak. Kala itu musnahlah keadilan. Manusia yang berpakaian hijau, berperiasi merah terus mengganas. Sepak terajang mereka sudah tidak mengenal siapa. Kelihatan seorang pelajar berlumuran darah di bantai dengan cota. Kelihatan pula seorang gadis bertudung labuh di rentap tudungnya. Trak-trak merah terus mara menghampiri pelajar-pelajar yang terus bersemangat. “Jihad! Jihad!” laung seorang pelajar. Laungannya di sahut dengan teriakkan Allahuakbar oleh pelajar-pelajar yang lain. Manusia beruniform hijau terus menggila. Mereka mendakwa mereka dipihak yang benar. Mempertahankan keamanan kononnya. “Mereka berjuang untuk Islam, tapi aku…” mungkin inilah persoalan yang mungkin akan muncul di dalam hati mereka ketika mereka dengan rakus membelasah pelajar-pelajar yang berjuang untuk Islam. Tiba-tiba kedengaran bunyi tembakan dilepaskan. Keadaan menjadi sunyi sepi seketika. Tiba-tiba kelihatan sekujur tubuh gugur ke bumi. Darah merah mengalir keluar. Tika itu mereka tahu seorang daripada mereka telah syahid. Keadaan yang sunyi seketika kembali riuh-rendah,.Pekikan takbir terus bergema. Keadaan mereka seperti di Palestin. Jika di sana umat Islam menentang yahudi laknatullah. Di sini mereka menentang manusia yang bertopengkan Islam sedangkan hati mereka sudah jauh dari Islam.

**** “Kau lupakan sahaja Aisyah tu Muaz. Ramai lagi muslimah yang kau boleh cari. Bunga bukan sekuntum,” kata Zaid kepada Muaz. “Aku tahu Zaid. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh terpikat dengan dia sedangkan prinsip kami berbeza. Nah, sekarang lihat natijahnya.” “Kalau kau nak cari yang lain sekarang aku boleh tunjukkan.” “Ish kau ni Zaid. Orang tengah sibuk dengan isu hijab kau sempat lagi nak carikan awek untuk aku.” “Aku bukan apa Muaz. Sebenarnya aku dah ada calon untuk kau. Dah lama aku nak kenalkan dia kepada kau. Tapi dulu kau dah ada Aisyah. Tapi sekarang kau tengah solokan. Kalau kau nak tahu siapa dia kau lihat di depan sana,” kata zaid sambil jarinya menunjukkan ke satu arah. Muaz menoleh ke arah yang ditunjukkan Zaid. Seorang gadis bertudung litup sedang berdiri tidak jauh dari situ.

**** Keadaan semakin huru-hara. Semakin ramai pelajar di tarik masuk ke dalam trak dengan kasar. Kelihatan jua seorang pelajar berkopiah putih yang berjambang nipis di tarik naik ke dalam trak. Pelajar itu seperti enggan menuruti arahan manusia beruniform hijau. Tiba-tiba salah seorang daripada manusia yang berserba hijau menghalakan sesuatu ke arah pelajar tadi. Bunyi das tembakan itu menggegarkan kawasan tersebut. Zaid memandang sekeliling mencari arah bunyi tembakan tersebut. Dia terdengar nama Muaz disebut-sebut. Zaid tahu sesuatu yang buruk telah menimpa Muaz. Dia segera mengikut arus manusia ke arah bunyi tembakan tersebut. Dia melihat satu tubuh terkujur layu. Tubuh itu memang dikenalinya. Dia segera mara menghampiri tubuh itu. Dia memluk tubuh itu erat-erat. Tubuh itu masih bernyawa. “Apa yang terjadi Zaid?” soal Muaz dalam keadaan tersekat-sekat. “Kau ditembak Muaz,” jawab zaid pendek. “Alhamdulillah.”
**** “Waalaikumussalam W.B.T,” Humairah menjawab salam yang di layarkan Muaz. “Bagaimana dengan persiapan kita. Adakah awak bersedia untuk mengetuai gerakan muslimah kita di dalam dmeonstrasi esok?” “Insyaallah Muaz. Itu awak jangan risaukan. Yang penting kita mahu seluruh negara tahu bahawa kita berjuang untuk Islam. Kita mahu kerajaan tahu kita ni bukan alat yang boleh diarahkan berbuat apa-apa sahaja. Bagaimana pula dengan persiapan barisan muslimin kita? Saya harap awak dapat kuatkan semangat kerana saya tahu pihak berkuasa sedang memburu awak.” Muaz hanya mendiamkan diri mendengar kata-kata Humairah. “Kenapalah aku tak diketemukan dengan gadis ini sejak dahulu,” Muaz bermonolog sendirian. “Apa yang awak fikirkan Muaz. Adakah awak takut?” “Bukan begitu Humairah. Entah kenapa, saya seolah-olah merasakan ada sesuatu yang akan berlaku esok.” “Okeylah Muaz. Dah lewat ni. Saya nak pulang dulu. .” “Waalaikumussalam.” Humairah terus meninggalkan Muaz bersama Zaid. “Macam mana Muaz. Okey tak budak Humairah tu?” “Ah kau ni menyibuklah Zaid. Dah lah tu. Esok kita ada tugas besar. Jangan kau nak leka dengan perempuan dah lah.” Zaid hanya tersengih mendengar kata-kata Muaz.

**** Satu persatu jenazah diangkat masuk ke dalam liang lahad. Beratus-ratus manusia menyaksikan pengkebumian dua insan pejuang. Satu adalah pejuang yang berjiwa Salahuddin al-Ayyubi. Satu lagi adalah srikandi berjiwa Sumayyah. “Akhirnya engkau bersatu jua dengan insan yang kau cintai, Muaz,” monolog Zaid di dalam hati....

P/S : KATA WANITA SOLEHAH, " JANGANLAH BIMBANG ANDAI KITA TAK RUPAWAN TAPI BIMBANG ANDAI AKHLAK KITA MURAHAN..JANGAN BIMBANG ANDAI KITA BELUM BERPASANGAN TETAPI BIMBANG ANDAI KITA BELUM MENDAPAT CINTA DARI TUHAN..."

Thursday, December 18, 2008

KASIHNYA ALLAH KEPADA WANITA..TIDAKKAH KITA INGIN MENJADI SALAH SEORANG DARIPADANYA??..


"Keistimewaan yang Tuhan berikan kepada wanita terlalu banyaknya". "Kasihnya
Tuhan kepada wanita!" Itulah kata-kata yang paling mudah digunakan untuk
menggambarkan 'layanan' istimewa terhadap wanita dalam Islam. Sesungguhnya,
tidak akan ada mana-mana ajaran, ideologi, isme atau agama lain yang dapat
melayan wanita dengan sebegitu baik sepertimana Islam melayan wanitanya. Malah,
kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai, berharta dan berkuasa di
seluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan buat mereka, mereka
pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik yang Allah SWT
tawarkan buat seorang wanita di dalam Islam.

Namun, ramai wanita yang tidak memahami hal ini. Lantaran itu kebanyakan mereka
tertipu oleh nafsu sendiri dan merasa terkongkong dengan amalan atau larangan
tertentu yang digunakan ke atas wanita Islam seperti amalan menutup aurat,
larangan bergaul bebas, poligami, larangan wanita menjadi pemimpin dan
lain-lain lagi. Mereka cukup takut dan gerun dengan kesemua amalan atau
larangan yang dianggap sangat menindas wanita. Walhal kalau dikaji setiap satu
amalan atau larangan itu, mudah sahaja untuk melihat hikmah dan kebaikannya
kepada kaum wanita itu sendiri.

Lalu kita melihat apa yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang hak wanita ialah
mereka kalau boleh tidak mahu sebarang sekatan dikenakan ke atas mereka.
Tentulah ini tidak munasabah. Sedangkan manusia sendiri banyak membuat
peraturan-peraturan serta larangan itu dan ini, atas alasan hendak menjaga
keselamatan diri atau masyarakat awam. Contohnya, dalam soal lalu- lintas,
terlalu banyak peraturan dan larangan yang manusia buat seperti jangan memandu
melebihi had laju, tidak boleh letak kereta di garisan kuning, mesti berhenti
apabila ada isyarat lampu merah, mesti hidupkan lampu selepas pukul 7 malam dan
berbagai-bagai lagi. Kalau dalam bidang sekecil ini pun perlu banyak peraturan
dan larangan, sudah tentulah dalam bidang kehidupan lebih memerlukan lagi, dan
lebih-lebih lagilah kalau skopnya itu jauh lebih luas iaitu untuk keselamatan
dunia dan Akhirat.

Tuhan sebenarnya sangat kasih dan memuliakan kaum wanita. Segala suruhan dan
larangan yang Tuhan kenakan ke atas kaum wanita tidak lain dan tidak bukan
ialah untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat dan sekali-kali bukan
untuk menyusahkan mereka. Tetapi, atas hujah dan alasan apa dakwaan ini dibuat?
Mari kita lihat satu persatu pengiktirafan yang diberikan olehTuhan kepada
wanita, sama ada setara langsung atau pun tidak.

i) Gelaran bagi `isteri' di dalam Al Quran
Perkataan yang Allah SWT gunakan di dalam Al Quran untuk menunjukkan suami atau
isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa- bahasa lain,
perkataan untuk suami dan perkataan untuk isteri menggunakan dua perkataan yang
berbeza. Misalnya, dalam bahasa Inggeris, perkataan untuk suami ialah `husband'
manakala perkataan untuk isteri ialah `wife'. Sementara dalam bahasa Perancis
pula, perkataan untuk suami ialah `mari' manakala perkataan `femme' untuk
isteri.

Tetapi di dalam Al Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yang
berbeza `zaujuh' dan `zaujati'. Hanya satu perkataan yang digunakan untuk
kedua-duanya iaitu `zaujuh' yang bermakna `pasangan'. Islam melihat suami dan
isteri adalah pasangan, penutup dan juga pelindung buat yang lain. Mereka
dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan. Sudah tentulah ini bermakna yang
kaum lelaki di dalam Islam tidak dianggap lebih mulia daripada kaum wanitanya.
Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin atau sepasang baju,
tentulah kita menganggap mereka setara dan tidak dapat dipisahkan di antara
satu sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak menganggap yang stokin kanan
lebih hebat daripada stokin kiri atau kaca mata kanan lebih baik daripada kaca
mata kiri. Begitulah tamsilannya sepasang suami isteri di dalam Islam seperti
yang tercatat di dalam Al Quran.

Namun, gelaran zaujuh ini hanya diberikan kepada isteri yang sama beriman. Bagi
isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut zaujuh. Contohnya, isteri Nabi
Lut dan isteri Nabi Nuh. Di dalam Al Quran, mereka disebut 'imraah', kerana
isteri sebegini tidak dianggap pelengkap, pelindung atau penutup kepada
suaminya.

ii) Pembelaan Rasulullah SAW Terhadap Wanita
Rasulullah SAW ada banyak menyatakan Hadis-Hadis yang menunjukkan betapa wanita
itu dimuliakan di dalam Islam. Antaranya:

a. "Syurga di bawah telapak kaki ibu." Apakah wanita tidak rasa mulia dengan
Hadis ini? Mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan "di bawah telapak kaki" dan
bukan "di dalam tangan" atau "di sisi" seorang ibu? Sudah tentu ini sangat
menggambarkan mulianya seorang wanita di dalam Islam. Seorang yang faham tentu
akan sangat memandang mulia, menghormati, membela serta berlumba-lumba untuk
berkhidmat dan meng'hamba'kan diri kepada ibunya (dengan syarat segala yang
dibuat itu tidak melanggar syariat). Tidakkah beruntung menjadi seorang ibu di
dalam Islam? Dia tidak akan terbiar dan dipinggirkan, malah akan sentiasa
dibela, dihormati dan dimuliakan oleh anak-anaknya.

b. "Orang yang paling baik dari antara kamu itu ialah yang paling baik kepada
isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik dari antara kamu kepada isi
rumahku."

c. "Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia, dan
tidak menghina akan perempuan-perempuan melainkan orang yang hina."(Hadis
riwayat Ibnu `Asakir)

d. "Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian
bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak
menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak."

e. "Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang
(isterinya yang) mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu
tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang is suka."(Hadis riwayat
Ahmad dan Muslim)

Demikianlah hak-hak istimewa seorang wanita yang diberi oleh Islam. Dalam satu
masyarakat yang bertaqwa, kaum wanita tidak perlu bimbang yang mereka akan
diperleceh, dipermain atau diperkotak-katikkan oleh kaum lelaki, sebaliknya
mereka boleh yakin bahawa pihak lelaki akan sentiasa melindungi, menasihati,
menegur dan membimbing mereka dengan ikhlas.

iii) Bahagian Tubuh Wanita Dianugerahkan Nama yang Mulia
Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nana yang begitu mulia iaitu
rahim. Perkataan ini diambil dari nama Tuhan, yang bermaksud `Maha Penyayang'.
Sudah tentulah Tuhan tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu
yang hina di sisi- Nya. Sudah tentuTuhan akan memilih sesuatu yang mulia juga
untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Tuhan tidak berikan nama yang
semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya kepada
bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada makhluk.
Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaanTuhan dan memberi makan kepada apa
yang Tuhan ciptakan.
Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu kepada Tuhan kerana memberi
penghargaan yang begitu tinggi kepada mereka. Siapa boleh nafikan kepentingan
rahim untuk kewujudan manusia? Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah
cukup untuk membuktikan akan mulianya wanita di sisi Tuhan.
iv) Diberi Pahala yang Berterusan
Wanita disebut `kurang dari sudut agama', tetapi ini bukan bermaksud yang
wanita itu kurang dari sudut iman dan taqwanya. Mereka cuma kurang bersolat
ketika datang haid dan nifas. Namun, oleh kerana di waktu-waktu lain mereka
sentiasa bersolat, maka sepanjang waktu haid dan nifas itu, Tuhan tetap
memberikan juga pahala solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan keadaannya
yang tidak selesa itu.


Bayangkan seorang wanita yang baru melahirkan anak. Sudahlah digugurkan
dosa-dosanya seperti seorang bayi yang baru lahir, diberikan pula pahala solat
percuma sepanjang dia dalam keadaan nifas. Dan kalau dia sabar menyusu,
memelihara dan melayan kerenah anaknya pula, makin banyaknya pahala yang Tuhan
sediakan untuknya.
Aduh! Maha Pemurahnya Tuhan kepada wanita. Maha Baiknya Tuhan kepada golongan
yang sering dianggap lemah dan terpinggir ini! Kalaulah wanita-wanita pejuang
hak asasi itu tahu begini sekali ganjaran- ganjaran yang Tuhan berikan kepada
seorang wanita mukminah, pastilah mereka akan meninggalkan perjuangan mereka.
Tidak ada apa-apa lagi hak yang perlu diperjuangkan oleh seorang wanita
mukminah. Yang Tuhan tawarkan itu pun sudah terlampau banyaknya.
TIDAK TERINGINKAH KITA MENJADI ANTARA YG DIKASIHI-NYA?..MASYAALLAH..SEMOGA ALLAH MELETAKKAN KITA BERSAMA DENGAN BIDADARI2 SYURGA...AMIN3X..