Friday, January 2, 2009

KARNIVAL NISA' INDOOR GAMES NEGERI PAHANG PENUTUP SESI 2008

SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS

Assalamualaikum.Lega sungguh bila program ini berakhir,berat di kepala pun dah semakin ringan,cuma sakit2 dan lenguh2 badan masih terasa.Almaklumlah banyak juga barang2 dan peralatan yang kami kena angkut berulang kali dengan kereta.Alhamdulillah,komitmen yg diberikan oleh semua ajk dan urursetia amat dihargai.

Sudah menjadi lumrah,bila hendak melaksanakan sesuatu program yg baik,sudah tentu ada halangan dan rintangan.Saat beberapa hari lagi NISA' INDOOR GAMES ini akan bermula,pihak kami mengalami masalah denga MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN.Asalnya masalah dari segi banner sahaja,tetapi "berjangkit" kepada masalah2 lain yg sangat remeh bagi kami.

Semuanya perlu bayaran,tiada apa yg percuma di dunia ini.Walaupun tapak program di MALAY TOWN,EAST COAST MALL perlu dibayar dengan harga yg tidak lah mahal dan ditambah dengan pihak pengurusan Malay Town yang sangat friendly,kami menghadapi masalah kelulusan permit menggunakan ruang legar oleh MPK.Bukan itu sahaja,permit menggunakan sound system juga perlu kelulusan,ruang parking dan banting yg perlu digantung diluar sekitar Malay Town.

Ketika berbincang dengan pegawai atasan MPK,mulut kami xhenti "menjampi" pegawai tu agar lembut hati untuk meluluskan program Nisa' Indoor Games ini tanpa bayaran.At last,kena tunggu pulak proposal kami dibawa ke meeting depa.Masa tu nak marah pun ada,tp sabar sgt2.Ketua Nisa' Pahang,k.tie masa tu dah forward2 kan mesej utk sahabat2 agar berdoa melembutkan hati pegawai2 MPK tu untuk memberi pengecualian bayaran permit.

Kena tunggu sehari pulak lagi untuk tunggu keputusan mesyuarat pihak perlesenan MPK,akhirnya permit program kami diluluskan.Alhamdulillah.Tp yg xsedap didengar,kami tetap kena bayar.Lepas abis "diskaun2" dgn MPK,dptlah bayar kurang c kit.Alhamdulillah.

Itu lah dugaan kepada kami,sampai wat pucat muka je sebab klu wat jugak program ni di area bandar tanpa permit,kena kompound lah pulak.Macam2 ragam manusia.Makin ramai manusia,makin banyak peraturan.Pendek kata,"NO MONEY NO TALK".Hehehe

Finally,dapatlah jugak wat program ni.10 buah kawasan yang hadir.Kawasan Kuantan Alhamdulillah banyak menang acara,antaranya Johan Carom Dewasa Perempuan,Johan Carom Kanak2 Lelaki,Johan Congkak Dewasa Lelaki,Johan Congkak Dewasa Perempuan,Naib Johan Catur Remaja Perempuan dan banyak lagi yang dimenangi oleh Nisa' Kawasan Kuantan.Syukur Alhamdulillah.

Dikesempatan ini,kami pihak Nisa' Kuantan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak.Terima kasih juga untuk cawangan Taman Guru dan Kg Razali yang "mensponsorkan" makanan pagi untuk peserta.Nisa' Kuantan telah menghantar 43 orang peserta dan 6 orang hakim.

Akhirkalam,sentiasalah beri sokongan kepada kami dan berilah sumbangan (ni yg malas nak dengar ni ye..hehehe..toce3x!) kepada kami untuk membawa pemenang2 yang mewakili Nisa' Kuantan ke Selangor awal tahun ini.InsyaAllah.....Jazakumullahukhairan kathira....TAKBIR!!!

No comments: