Sunday, March 22, 2009

KAJIAN PPSMI DARI UPSI - ADAKAH PPSMI RELEVAN ATAU TIDAK?


Berikut adalah kajian daripada sekumpulan pendidik dari UPSI.



PPSMI: Kajian Isahak Haron dan Rakan-rakan (1)
Di bawah adalah ringkasan dapatan, kesimpulan dan syor berdasar kajian kami (Isahak Haron et al.). Pembaca boleh membaca Laporan kajian kami yang lengkap bertajuk “Kesan Dasar Pengajaran Matematik dan Sains Dalam Bahasa Inggeris di Sekolah Rendah” diterbitkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris, April 2008. Laporan tersebut menghuraikan analisis dapatan dan kesimpulan yang lebih terperinci.
Soalan 1:
Sejauh manakah guru menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar Sains dan Matematik?
Analisis data daripada kajian tiga sampel yang berlainan pelajar sekolah rendah dan menengah menunjukkan lebih 85% pelajar menyatakan guru mereka menggunakan campuran bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia bagi mengajarkan Sains dan Matematik. Daripada temu ramah dan pemerhatian kami dalam bilik darjah, sebahagian besar guru menggunakan campuran kedua-dua bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris kerana mereka ingin membantu murid yang sebilangan besarnya adalah lemah dalam bahasa Inggeris supaya mereka dapat memahami perkara yang diajarkan. Malah ada guru sendiri yang lemah dalam bahasa Inggeris dan tidak dapat menghuraikan konsep dan proses sains dan matematik dengan panjang lebar dalam bahasa Inggeris.
Hanya kira-kira 10% saja guru yang menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya; dan 5% dilaporkan menggunakan bahasa Malaysia sepenuhnya. Daripada pemerhatian kami, penggunaan CD dan komputer bagi mengajarkan Sains dan Matematik Sains dalam bahasa Inggeris kurang dilaksanakan di kebanyakan sekolah, kerana guru sukar menggunakannya dalam bilik darjah. Guru yang menggunakannya pun mendapati murid kurang berminat melihat “tayangan” pelajaran sains dan matematik; tidak ada interaksi atau perbincangan yang aktif tentang pelajaran kerana penguasaan bahasa Inggeris mereka terhad. Pembelajaran menjadi pasif, lebih ke arah menghafal fakta daripada memahaminya dengan bermakna.
Kesimpulan: Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar Sains dan Matematik tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya; dan komputer sebagai alat pengajaran-pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tidak dapat digunakan dengan berkesan.

Soalan 2: Adakah pelajar “senang” atau “sukar” mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris?
Analisis respons sampel murid Tahun 5, Februari 2007 dan Januari 2008, menunjukkan purata lebih 80% murid daripada semua kaum menyatakan “sukar dan agak sukar” mempelajari Sains dalam bahasa Inggeris, walaupun mereka sudah mempelajari kedua-dua mata pelajaran ini sejak 2003.Dalam kalangan murid Melayu, 87% menyatakan “sukar dan agak sukar” mempelajari Sains dalam bahasa Inggeris. Mereka juga menyatakan “tidak faham dan kadang-kadang faham” pengajaran guru Sains dalam bahasa Inggeris.

Dalam pelajaran Matematik pula, 65% murid Melayu menyatakan “sukar dan agak sukar” mempelajarinya dalam bahasa Inggeris. Ini adalah lebih tinggi berbanding dengan peratusan murid Cina dan India.Lebih daripada 75% murid Melayu Tahun 5 menyatakan bahawa mereka “kerap dan kadang-kadang” merujuk buku Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu, jika mereka tidak faham penerangan dalam bahasa Inggeris. Dan 35% menyatakan yang mereka memiliki sendiri buku rujukan Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu, sebagai buku bacaan dan rujukan tambahan. Dalam kalangan pelajar Tingkatan 2 pula, lebih daripada 60% pelajar Melayu yang menyatakan mereka “sukar dan agak sukar” mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Dapatan ini hampir sama dengan dapatan dari kajian Prof. Juriah Long (2005) dan Zainuddin Bikum (2004).Secara bandingan, kedua-dua golongan pelajar rendah dan menengah ini lebih sukar mempelajari Sains dalam bahasa Inggeris berbanding dengan Matematik.

Ulasan: Tingginya peratusan pelajar, terutama pelajar Melayu, yang sukar memahami Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris adalah kerana mereka lemah dalam bahasa Inggeris. Mereka sukar memahami dan memikirkan konsep-konsep Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Mereka lebih mudah memahami dan memikirkan konsep-konsep Sains dan Matematik yang teknikal dalam bahasa Malaysia. Pengajaran guru dalam bahasa Malaysia adalah lebih jelas dan mudah difahami oleh kebanyakan murid. Kebanyakan guru sendiri agak lemah dalam bahasa Inggeris dan lebih mudah dan “selesa” menerangkan dan berbincang mengenai konsep-konsep Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia.

Soalan 3: Adakah mempelajari Matematik dalam Bahasa Inggeris meningkatkan pembelajaran dan prestasi Matematik pelajar?
Dapatan dan kesimpulan:
Dalam ujian Matematik yang diberi kepada sampel murid Tahun 5, Januari 2008, min keseluruhan sampel adalah 7.89 daripada skor maksimum 20.0. Ini menunjukkan prestasi am Matematik murid-murid Tahun 5 ini adalah rendah. Min skor murid Melayu (7.66) adalah lebih rendah daripada min skor murid Cina (13.03) dan India (8.21). Rata-rata untuk hampir setiap soalan Ujian Matematik, terutama yang melibatkan “pernyataan masalah”, hanya 30% murid semua keturunan yang dapat menjawabnya. Peratus murid Melayu yang dapat menjawab soalan demikian adalah lebih rendah daripada murid Cina dan India.Prestasi murid Melayu dalam ujian Matematik adalah lebih rendah berbanding dengan murid Cina dan India secara konsisten bagi sampel Februari 2007 dan sampel Januari 2008.
Jadual di bawah adalah contoh beberapa soalan Ujian Matematik dan peratus murid yang dapat menjawabnya. (Disesuaikan formatnya untuk e-grup.)
Soalan Ujian Matematik dan peratus menjawab betul.

Soalan 1: Six pencils cost RM2.40. How much does a pencil cost?Jawapan betul: M 39.6% (427), CI 54.7% (197), OS 6.5% (7), Jum 40.5% (633).
Soalan 2: 6 x 7. Jawapan betul: M 76.1% (820), CI 81.9% (295), OS 42.6% (46), Jum 74.9% (1172).
Soalan 3: 72 – 8.Jawapan betul: M 58.2% (627), CI 76.1% (274), OS 27.8% (30), Jum 59.9% (937).
Soalan 4: The Library in SK Pulai has 4,038 Bahasa Melayu books and 3,529 English books. If 793 book are aken out from the library, how many books are there in the library now. Jawapan betul: M 25.6% (276), CI 46.1% (166), OS. 7.4% (8), Jum 29.0% (453).
M = Melayu (N = 1077); CI = Cina + India (N = 360); OS = Orang Asli (N = 108); Jum = Jumlah (N = 1564).

Data di atas menunjukkan murid daripada semua keturunan adalah lemah dalam menjawab soalan yang memerlukan mereka membaca dan memahami “masalah” dalam bahasa Inggeris (soalan 1 dan 4). Peratusan murid Melayu dan murid Orang Asli yang tidak dapat menjawab soalan demikian adalah lebih tinggi berbanding dengan murid Cina dan India. Ini adalah disebabkan oleh kelemahan mereka dalam bahasa Inggeris.


Dapatan kami menunjukkan min (purata) murid Melayu Tahun 5 yang “selalu faham” pengajaran guru Matematik adalah tinggi (iaitu 9.74) berbanding dengan murid yang “tidak faham” (min=6.25). Walau bagaimanapun untuk setiap soalan Ujian Matematik, murid Melayu yang menyatakan “senang” mempelajari Matematik dalam Bahasa Inggeris itu pun memperlihatkan prestasi mereka tidaklah tinggi. Peratus yang dapat menjawab soalan-soalan dengan betul adalah di antara 24% – 44% saja.
Dapatan kajian kami juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang ketara dalam peratusan murid sekolah “luar bandar”, “pekan besar” dan sekolah “bandar” yang dapat menjawab dengan betul setiap soalan Ujian Matematik. Ini adalah kerana tingginya peratusan dalam sampel pelajar sekolah di bandar itu adalah pelajar daripada keluarga sosioekonomi rendah. Pelajar bandar daripada keluarga sosioekonomi rendah ini juga menghadapi masalah mempelajari Matematik dalam bahasa Inggeris, seperti pelajar daripada luar bandar.


Soalan 4: Adakah mempelajari Sains dalam bahasa Inggeris meningkatkan pembelajaran dan prestasi Sains pelajar?
Dapatan dan kesimpulan:
Dalam ujian Sains yang diberi kepada sampel murid Tahun 5, Januari 2008, min skor sains keseluruhan sampel hanya 4.28 daripada maksimum 14.00. Ini menunjukkan prestasi am murid-murid semua keturunan kaum dalam Sains adalah rendah. Min skor murid Melayu adalah lebih rendah iaitu 4.11 berbanding dengan min skor murid India iaitu 4.64, min skor murid Cina adalah 7.22. Seramai 83% murid Tahun 5 daripada semua keturunan kaum, iaitu sampel tinjauan Januari 2008, menyatakan mereka mendapati ’sukar dan kadang-kadang sukar’ mempelajari Sains dalam bahasa Inggeris. Secara bandingan, adalah lebih tinggi peratusan murid Melayu berbanding murid Cina dan India yang menyatakan “sukar dan kadang-kadang sukar”.


Dapatan: Analisis Ujian Sains murid Tahun 5, sampel Februari, 2007, menunjukkan rata-rata rendah peratusannya, iaitu 6% - 40% murid Tahun 5 daripada semua keturunan kaum yang dapat menjawab soalan-soalan Ujian Sains dengan betul.Prestasi murid Melayu adalah lebih rendah berbanding dengan murid Cina dan India. Prestasi murid Orang Asli adalah amat rendah, iaitu 0.0% - 3.7% saja yang dapat menjawab soalan-soalan Sains dengan betul. Untuk murid-murid daripada keturunan kaum Orang Asli ini, pembelajaran Sains dalam bahasa Inggeris tidak bermakna sama sekali.


Contoh soalan ujian Sains dan peratus murid yang dapat menjawabnya:
Soalan Ujian Sains: Give two important elements neede by seed to sprout.
Melayu %, N=1077: 13.3% [143]Cina + India %, N=360: 30% [108]Orang Asli %, N=108: 0.9% [1 ]Jumlah %, N=1564): 16.3% [255)
Soalan Ujian Sains: Humans need to eat and drink to ________.
Melayu %, N=1077: 40.5% [436]Cina dan India %, N=360: 62.8% [226]Orang Asli %, N=108: 18.5% [20]Jumlah %, N=1564: 43.9% [687]
Dalam sampel Tahun 5 (Januari 2008) dapatan Ujian Sains hampir sama. Rata-rata lebih daripada 75% murid daripada semua keturunan kaum tidak dapat menjawab soalan ujian Sains. Peratusan murid Melayu yang dapat menjawab soalan ujian adalah lebih rendah sedikit daripada murid Cina dan India.
Dalam kedua-dua sampel, kelemahan yang ketara adalah terdapat dalam soalan-soalan apabila murid perlu memahami soalan jenis ‘berfikir’ dan menulis jawapan dalam bahasa Inggeris.
Tinggi peratus (lebih 65.0%) pelajar Melayu tidak dapat menjawab soalan-soalan Matematik jenis ‘pernyataan masalah’ yang pelajar perlu memahaminya. Dan lebih 85% pelajar Melayu yang tidak dapat menjawab soalan-soalan Sains jenis ini.


Kesimpulan: Dapatan dari kedua-dua sampel murid Tahun 5 (sampel Februari, 2007, dan sampel Januari 2008) menunjukkan tinggi peratus (purata lebih 80%) yang mendapati “sukar/kadang-kadang sukar” mempelajari Sains dalam bahasa Inggeris; dan tidak dapat menjawab soalan ujian Sains. Lebih tinggi sedikit peratus (lebih 80%) murid Melayu yang gagal menjawab ujian Sains berbanding murid Cina dan India. Kelemahan ini ketara dalam kalangan murid Orang Asli. Dapatan analisis sampel pelajar Tingkatan 2 juga hampir serupa. Ini menunjukkan rata-rata pelajar di sekolah rendah dan menengah sukar memahami pengajaran Sains dalam bahasa Inggeris, dan dengan itu tidak dapat menjawab soalan Sains terutama yang berbentuk huraian. Lebih tinggi peratus pelajar sukar mempelajari sains berbanding dengan matematik kerana sains lebih banyak menggunakan bahasa untuk memahami konsep dan keterangan tentang proses sains.


Soalan 5: Adakah pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris membantu meningkatkan pembelajaran dan prestasi pelajar dalam Bahasa Inggeris?
Dalam ujian Bahasa Inggeris sampel murid Tahun 5, Januari 2008, dapatan min skor bahasa Inggeris keseluruhan sampel hanya 11.97 daripada skor maksimum 31.0 menunjukkan prestasi Bahasa Inggeris murid Tahun 5 dari semua keturunan kaum amat rendah. Kelemahan ini lebih nyata di kalangan murid Melayu. Dapatan menunjukkan min skor murid Melayu hanya 11.87, lebih rendah dari min skor murid Cina 21.77 dan India 16.14. Seramai 73.7% murid Tahun 5 dari semua kaum menyatakan ‘sukar/kurang senang’ mempelajari Bahasa Inggeris. Di kalangan murid Melayu 81.4% menyatakan ‘sukar/kurang senang’. Lebih 75% murid Melayu yang ‘tidak faham/‘kadang-kadang faham’ pengajaran guru Bahasa Inggeris. Dalam kalangan murid Melayu yang menyatakan ‘faham pengajaran guru’ dan ‘senang mempelajari Bahasa Inggeris’ kebolehan mereka menjawab soalan-soalan ujian Bahasa Inggeris adalah rendah dan sederhana saja antara iaitu 22% - 65% (purata 45%) saja. Ini menunjukkan pelajar yang menyatakan ‘senang’ mempelajari Bahasa Inggeris pun tidak menguasai bahasa Inggeris dengan baik.Peratusan murid daripada semua keturunan kaum yang dapat menjawab soalan-soalan Ujian Bahasa Inggeris adalah rendah (contoh di bawah – jpeg mungkin tidak diarkibkan): peratus murid Melayu lebih rendah sedikit berbanding dengan murid Cina dan India.
Contoh soalan-soalan Ujian Bahasa Inggeris dan peratus murid Tahun 5 yang dapat menjawabnya (sampel Januari, 2008).

Kesimpulan: Dasar PPSMI gagal bagi meningkatkan pembelajaran dan prestasi pelajar dalam Bahasa Inggeris. Kesan positifnya, kalau ada pun, adalah kecil dan tidak signifikan.


SYOR
Pertama:
Berdasarkan dapatan-dapatan negatif dalam kajian kami, kerajaan hendaklah kembali semula menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar Sains dan Matematik di peringkat rendah dan menengah. Bahasa Inggeris bukan bahasa pengantar yang mudah dan berkesan bagi meningkatkan pembelajaran dan prestasi sains dan matematik untuk kebanyakan pelajar di Malaysia. Guru sains dan matematik telah pun menguasai Bahasa Malaysia secukupnya bagi mengajarkan konsep dan kemahiran sains dan matematik dalam Bahasa Malaysia. Pelajar juga rata-rata mahir dalam Bahasa Malaysia bagi mempelajari sains dan matematik dalam Bahasa Malaysia, berbanding dengan bahasa Inggeris. Asas sains dan matematik pelajar akan menjadi lebih kukuh melalui pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Malaysia di peringkat rendah dan menengah. Dengan asas yang kukuh, mereka lebih mudah dapat mempelajari sains, matematik dan teknologi di peringkat tinggi dalam Bahasa Malaysia atau dalam bahasa Inggeris, Jepun, Korea, Jerman dan sebagainya, seperti yang berlaku sebelum ini.


Kedua:
Kerajaan hendaklah memperuntukkan masa yang lebih untuk pengajaran Bahasa Inggeris di peringkat rendah dan menengah. Bahan pengajaran dan pembelajaran dan kaedah pengajaran Bahasa Inggeris yang lebih berkesan hendaklah digunakan. Universiti dan Institut Pendidikan Guru, guru-guru pakar Bahasa Inggeris di sekolah perlu diberi peruntukan dan galakan secukupnya bagi menggubal bahan dan kaedah alternatif pengajaran-pembelajaran Bahasa Inggeris berdasarkan keperluan murid dan konteks. Sesetengah daripada pendekatan alternatif ini sudah ada. Bahan dan kaedah alternatif ini perlu mengambil kira tahap kesediaan dan gaya pembelajaran murid dari berlainan latar belakang dan budaya. Misalnya bahan dan kaedah pengajaran Bahasa Inggeris untuk pelajar Melayu di sekolah luar bandar perlu berbeza daripada bahan dan kaedah bagi mengajar murid di bandar daripada keluarga profesional yang sudah terdedah kepada Bahasa Inggeris. Pengajaran-pembelajaran bahasa Inggeris boleh dibuat secara modul pelbagai aras.
Pendekatan satu program sama untuk semua tidak berkesan, dan telah gagal untuk meningkatkan pembelajaran dan prestasi sebahagian besar pelajar di sekolah kita. Guru dan murid tidak seharusnya dikongkong oleh satu sukatan pelajaran, buku teks dan pendekatan distandardisasikan untuk semua murid di seluruh negara!
Dalam pengajaran Bahasa Inggeris unsur-unsur sains, matematik, sejarah, geografi dan sastera boleh dimasukkan sebagai bahan pengajaran-pembelajaran. Dengan itu pelajar belajar serentak kemahiran berbahasa Inggeris dan “kandungan ilmu” bagi memperkembang perbendaharaan kata dan penggunaan bahasa Inggeris dalam konteks pelbagai disiplin. Pengajaran bahasa Inggeris lebih berkesan diajar oleh guru yang mahir dan terlatih dalam bahasa Inggeris, bukan oleh guru sains dan matematik.Penguasaan bahasa Inggeris yang kukuh di peringkat rendah dan menengah adalah asas untuk pembelajaran dan perluasan ilmu dalam semua bidang, termasuk dalam sains dan matematik seterusnya.


PPSMI: Dapatan kajian Tingkatan 1 dan 2 Sekolah Menengah
Dapatan kajian Zainudin Bikum dalam kalangan sampel murid Tingkatan 1 (2004) di dua buah sekolah menengah di Kuala Kubu Baru menunjukkan purata hanya 5% - 15% pelajar yang dapat menjawab soalan-soalan ujian Sains dalam bahasa Inggeris. Ini kerana mereka “sukar/kadang-kadang sukar” memahami pengajaran guru Sains dalam bahasa Inggeris.
Kajian Juriah Long (2005), sampel Tingkatan 2 di seluruh negara, pula menunjukkan purata skor Sains pelajar Melayu adalah lebih rendah daripada bukan Melayu; dan purata skor pelajar sekolah SMK lebih rendah dari sekolah menengah lain.
Kajian kami (2008) menggunakan data soal selidik dan ujian Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris Tingkatan 2 (N = 2,824 dari 25 buah sekolah menengah) menunjukkan pelajar lemah dalam ketiga-tiga mata pelajaran itu. Min skor Matematik 10.23 daripada skor maksimum 18; min skor pelajar Melayu 9.85. Min skor Sains lebih rendah iaitu 12.22 daripada skor maksimum 40.0; min skor pelajar Melayu 10.28. Min skor Bahasa Inggeris 13.84 daripada skor maksimum 22.0; min skor pelajar Melayu 13.94.


Wednesday, March 18, 2009

AKTIVITI NISA' SEPANJANG CUTI SEKOLAH


ASSALAMUALAYKUM.PIHAK NISA' MENJEMPUT SAUDARA SAUDARI UNTUK MENYERTAI KAMI MENZIARAHI PESAKIT-PESAKIT DI HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN , KUANTAN. PROGRAM ZIARAH INI ADALAH KERJASAMA BERSAMA NADWAH IAITU SALAH SATU BADAN NGO DI MALAYSIA.MAKLUMAT PROGRAM ADALAH SEPERTI DI BAWAH:-
  • PROGRAM 1 : ZIARAH BERSAMA BADAN NGO NADWAH

  • TARIKH : 21 MARCH 2009 / SABTU

  • MASA : 10:00 PAGI HINGGA 12.30 TENGAHARI

  • PAKAIAN : UNIFORM NISA' (JIKA ADA) ATAU BERPAKAIAN SOPAN DAN TUDUNG PURPLE.

  • HUBUNGI TALIAN : 017 9040513( MISS MASK) ATAU 013 9586641 ( PUAN HAZIAH ) UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

"HULURKAN TANGAN..RINGANKAN BEBAN...."BERSAMA NISA' SMALL KINDNESS!
  • PROGRAM 2 : GOTONG- ROYONG DI PUSAT PEMBELAAN RUMAH KEBAJIKAN 3i
  • TARIKH : 20 MARCH 2009 (JUMAAT) DAN 22 MARCH 2009 ( AHAD )
  • TEMPAT : PUSAT PEMBELAAN IBU TUNGGAL DAN ANAK YATIM 3i, TELUK MAHANG, KUANTAN( BELAKANG KOLEJ POLY-TECH MARA ).
  • MASA : JUMAAT ( 5 PETANG ) DAN AHAD ( 9.30 PAGI ).
  • PAKAIAN : SUKAN.(BAWA PERALATAN MENCUCI TINGKAP, LAIN2 DISEDIAKAN).
  • HUBUNGI NISA' CARELINE UNTUK MAKLUMAT LANJUT.SYUKRAN.

MUSLIMAH TUNGGAK KEKUATAN MUSLIMIN MELALUI KEKUASAANNYA..


Tanggal (2.10.1997) menyaksikan, perginya ke sisi Allah isteri MursyidAm Ikhwan Muslimin, Mustafa Masyhur. Jenazahnya diiringi oleh ribuanmasyarakat Mesir dari setiap negeri menuju ke tempat persemadiannya yangterakhir di dunia ini dengan penuh kekaguman terhadap jihad dankelebihan yang ada padanya.Jika sekiranya para hukamak mengatakan " Sesungguhnya di belakang setiaplelaki yang hebat, ada wanita dibelakangnya ", maka Almarhumah merupakanwanita yang berada dibelakang suaminya, membantu dan mendorong daribelakang, menyokongnya untuk terus bergerak dalam jalan Dakwah walauberdepan dengan ranjau dan duri.

Detik-detik jihad Almarhumah terlalu banyak. "Saudari akan menjadiisteriku yang kedua kerana aku telah berkahwin dengan isteriku yangpertama sebelum saudari. Aku amat mencintainya dan aku tidak sanggupuntuk berpisah dengannya ". Almarhumah bertanya, "Siapakah dia?". UstazMursyid menjawab, " Dia adalah Dakwah di jalan Allah. Diharap saudarijangan cemburu kepadanya ". Almarhumah menjawab, "Dakwah tersebut adalahtuanku dan aku adalah khadamnya".Begitulah teguhnya janji yang diukir sehingga berlalu 51 tahunAlmarhumah mengharungi masa tersebut bersama suaminya. Dakwah IkhwanMuslimin adalah tuannya yang menyuruh, lalu dia mentaatinya. Dakwahberkata, dan dia patuh mendengar kata-kata tersebut. Suaminya dipenjaraselama 19 tahun, dalam tahun-tahun 50an, 60an dan awal 70an, tetapiAlmarhumah tetap setia pada janjinya dan tsabat di atas Dakwah ini.Apabila Ustaz Mursyid mula dipenjara, dia meninggalkan 4 orang anakkecil kepada Almarhumah untuk dibesarkan olehnya berseorangan diri.Mereka ialah Masyhur, Salwa, Wafak dan Sumayyah. JadilahAlmarhumah sebagai ibu dan ayah kepada mereka. Almarhumah mendidikmereka dengan baik.
Apabila Ustaz Mustafa keluar dari penjara, diamendapati mereka dalam keadaan sebaik-baik agama, ilmu dan akhlaq. Sangat berat hari-hari berlalu ketika suami dipenjara tetapiAlmarhumah bersungguh-sungguh berusaha memastikan hari-hari itu indah lagi menggembirakan untuk anak-anak mereka.Pernah mereka tidak dibenarkan menziarahi Ustaz Mursyid di penjaraWahaat selama 9 tahun lalu Almarhumah menghubungkan mereka dengan ayahmereka melalui surat pos. Almarhumah memegang pendi tangan-tangan kecil mereka menulis kalimat-kalimat tsabat dan dorongan kepada ayah yang sedang berada di belakang jaringan besi dipenjara. Almarhumah menyanyikan untuk mereka " Nahnu nuhibbu baba, wa baba yuhibbuna " ( Kami sayangkan ayah, dan ayah sayangkan kami). Almarhumah membeli permainan dan hadiah dengan duit yang tersimpanagar dia menghadiahkan kepada mereka yang masih kecil dengan mengatakan" Baba arsala ilaikum hazihi hadaya" ( Ayah kirim hadiah-hadiah iniuntuk kamu ).Berlaku mehnah yang dikenali sebagai "Mehnah Takyid" ( Dugaan memberisokongan kepada Presiden Jamal Abdul Nasir yang menghukum mereka, iaitudengan menggunakan anak-anak Ikhwan yang dipenjara untuk memujukayah-ayah mereka menerima tawaran bebas dari penjara dengan syaratmenulis beberapa perkataan atas kertas menyokong Jamal Nasir ; mehnah =dugaan, takyid = sokong ).
Beberapa orang dari saudara mara UstazMursyid menyuruh anak-anak perempuan beliau pergi ke penjara untukmemujuk ayah agar menulis sokongan dan balik ke rumah bersama mereka tetapi Almarhumah enggan dan memesan kepada anak-anak agar tidakmenunjukkan jemu dan risau lantaran ketiadaan ayah yang panjang.Teruslah si ayah dalam penjara dengan tsabat dan teguh, menolak sebarangsokongan terhadap Sistem yang memenjarakannya.Pernah apabila hari-hari raya menjelang tiba, Almarhumah tidak mempunyaiwang untuk membeli pakaian hari raya untuk anak-anak. Untukmenggembirakan mereka, beliau menurunkan beberapa kainlangsir rumah untuk dibuat pakaian raya. Pernah juga beliau sampulkusyen kerusi dan sofa dijahitnya menjadi baju anak-anak.Almarhumah menanamkan kedalam jiwa anak-anak perasaan theqah kepadaAllah, meneguhkan hati mereka dengan rasa bangga terhadap tugas ayahdalam menyampaikan risalah Dakwah. Beliau menjadikananak-anak merasakan bahawa ayah mereka adalah seorang mujahid, dipenjarakepada aqidahnya dan patut mereka berbangga dan menceritakan perkara inikepada kawan-kawan yang lain.Apabila Ustaz Mursyid keluar dari penjara, Almarhumah menyambungperjalanannya bersama Mursyid, mencurahkan pengorbanan. Ustaz Mursyidyang sentiasa pergi ke marata tempat dalam dan luar Mesirberdakwah di jalan Allah. Waktu di rumah sangat sedikit, namunAlmarhumah tetap redha dan tenang. Bahkan dihari-hari yang kebiasaannyaahli keluarga berkumpul seperti berbuka dibulan Ramadhan, beliauberkorban haknya untuk diberikan kepada anak-anak Dakwah lain yangmengundang si suami.
Almarhumah berkongsi perasaan dan prihatin suamiterhadap anak-anak Dakwah di mana sahaja merekaberada, dalam atau luar negeri, bertanyakan keadaan keluarga dananak-anak mereka dan sering mendoakan untuk mereka.Almarhumah kuat berpuasa, qiamullail, berbudi luhur dan sentiasaberharap kebaikan kepada manusia - semua manusia. Sejak bertahun-tahunAlmarhumah tidak ketinggalan bersama suaminya berqiamullail.Beliau memastikan bahagian akhir malam untuknya dan suaminya, bersamaAllah, bermunajat dan berdoa kepadaNya agar dia menemuiNya dalam keadaandia redha lagi diredhai olehNya.Semoga Allah mengampuninya, melimpahi rahmat keatasnya dan mengurniakankesabaran keatas suami, anak-anak dan mereka yang mencintainya. Kitatidak mengatakan sesuatu melainkan yang diredhaioleh Allah : Inna lillahi wa inna ilaihi raajiuun ( Kita dari Allah, dankepadaNya kita akan kembali ).

Sumber ihsan dari Hamba Allah.

Thursday, March 12, 2009

AWAS!!KOMIK KRISTIANISASI MENULAR DI MALAYSIA!

Assalamualaikum W.B.T.. Amat mengejutkan apabila penulis menerima email dari sahabat baru-baru ini.Amat menyedihkan mengapa penyebaran kristian begitu mudah masuk ke negara kita Malaysia.Apakah isu dari KEMENTERIAN DALAM NEGERI baru-baru ini berkenaan dengan kecuaian pihak kementerian meluluskan pewartaan perkataan ALLAH di dalam penulisan bible menggalakkan lagi penyebaran dakyah kristian ini?Kita ikuti catatan penerima buku ini yang begitu terkejut dan amat membimbangkan. Berikut adalah kulit muka depan Komik dakyah kristian lakanatullah tersebut.
Gambar 1 : Kulit muka depan komik penulisan bible kanak-kanak.
"Apa yang mengejutkan ialah buku ini bukan sekadar buku komik bergambar untuk bacaan kanak-kanak. Apa yang jelas dalam buku ini adalah bercanggah dengan akidah kita sebagai umat Islam. Buku ini telah diedarkan oleh pihak tertentu di sekitar Bukit Bintang, di mana teman saya memperolehinya secara tidak sengaja (diedarkan dalam raga motosikal). Apa yang membimbangkan kita ialah sasaran buku-buku ini diedarkan adalah untuk kanak-kanak. Bersama ini disertakan bukti-bukti dalam bentuk Adobe PDF dan attachment gambar. Harap email ini disebarkan untuk makluman Saudara Islam kita....."Ikuti Jalan cerita di bawah dan anda boleh menilainya sendiri.(Penulis hanya meletakkan beberapa mukasurat sahaja agar aqidah kita tidak terpesong..Nauzubillah..)
Gambar 2 dan 3 : Antara isi kandungan komik tersebut.
Gambar 4 dan 5 : Digambarkan tentang Yesus mereka.
Gambar 6 : Kulit belakang komik yang jelas menunjukkan hasil terbitan penulisan bible yang menjadikan kanak-kanak sebagai sasaran utama kerana mereka tahu umur sebeginilah kanak-kanak mudah menerima apa sahaja terutama sesuatu yang baru....

Saya menyeru kepada semua umat Islam agar berhati-hati dalam memilih buku-buku untuk pelajar dan anak-anak kita atau sesiapa sahaja. Jangan mudah leka dan melatah sepertimana yang berlaku baru-baru ini isu pewartaan nama Allah di dalam penulisan Bible.Walaupun Menteri Dalam Negeri telah memohon maaf atas kesilapan pihaknya meluluskan nama Allah kepada penulisan bible,sepatutnya ini tidak boleh terjadi dan ini bukan isu yang dipolitikkan malah ini adalah isu sensitif agama Islam.Apakah kita merasakan agama kita benar2 dijaga dan laksanakan dengan baik?Jikalau orang yang kita harapkan untuk menjaga agama kita di dalam negara tetapi cuai dan ambil mudah,siapa lagi yang akan membela kesucian agama Islam?Tiada siapa lagi melainkan kita sendiri..Islam itu Addin..
Satu persoalan dari saya..Jika seseorang itu Muslim,adakah dia benar-benar mukmin?Apakah perbezaan Muslim dan Mukmin????
Jawapannya..Seorang Muslim belum tentu dia adalah seorang Mukmin tetapi seorang Mukmin sudah tentu dia adalah Muslim... Jadilah kita dengan kedua-duanya...InsyaAllah..

Monday, March 2, 2009

MOTIVASI UJI MINDA BY NISA' KUANTAN'S GROUP


Assalamualaikum W.B.T..Pada 14 February 2009 (Sabtu), Nisa' group telah pun dijemput oleh Pengarah Kem SPPM (Sistem Pendidikan Pelajar Musleh) iaitu Muallimah Nordiani Hassan dari Al Irsyad Islamic Primary School.Jemputan itu khas bagi memberi motivasi kepada 96 pelajar tahun 6 2009.

Kami diminta oleh pihak pengurusan kem untuk membawa slot UJI MINDA.Kehadiran kami disambut begitu meriah sekali oleh pelajar2 dan senyuman muallimah2.Selama 1 jam sesi slot TAMAN UJI MINDA diberi, pelajar2 memberikan respon yang amat baik sekali dan soalan2 yang menguji IQ mereka amat menarik sekali.Soalan2 terdiri dalam bentuk pengiraan, bahasa, dan juga jalan cerita yang mencabar kemampuan IQ mereka.

Apa yang menarik, soalan2 ini juga dicuba oleh muallim dan muallimah. Suasana dewan penuh dengan riuh dan gelak tawa seketika setelah jawapan mereka disemak melalui tayangan multimedia yang disampaikan oleh Ketua Nisa' Kuantan sendiri. Bantuan ajk Nisa' dari Kolej Islam Pahnag sebagai fasilitator menambahkan lagi kelancaran penyampaian motivasi kepada pelajar.

Untaian daripada itu, pada minggu ini (8hbMarch2009), Nisa' sekali lagi dijemput untuk memberi motivasi dalam program Himpunan Remaja di sekitar Taman Perumahan Inderasemporna. Semoga Kelab Nisa' mendapat tempat di hati masyarakat dari semasa ke semasa dengan objektif yang begitu jelas dalam membantu generasi muda dari semua lapisan bangsa mencapai matlamat hidup mereka.InsyaAllah.