Monday, August 10, 2009

GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN RUMAH KEBAJIKAN NISA' KUANTAN

Alhamdulillah.. Setelah lama tidak mencoretkan pena di ruangan ini, terasa rindu untuk berkongsi cerita bersama anda semua selaku peninjau setia blog Nisa' Kuantan.Blog ini tidak lah terlalu hebat seperti blog-blog lain malah biasa2 sahaja. Namun pihak kami akan cuba menyampaikan seberapa banyak ilmu, info dan aktiviti kemasyarakatan kepada anda. Dan banyak juga aktiviti yang tidak sempat dirakamkan gambar2 untuk paparan blog ini, memandangkan masalah2 teknikal yang remeh dan melecehkan. Namun kami menganggap itu semua adalah ujian2 yang diberi Allah untuk bersabar. Yelah, kadang2 penulis pun lupa nak masukkan kamera ke dalam beg setiap kali adanya program. "Ya Allah Yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa, maka Ya Allah Kau sentiasalah ingatkan kami dan janganlah biarkan kami leka dan terlalu selesa..Amin..."

Di sini antara gambar2 gotong royong rumah kebajikan Nisa' Kuantan.. Untuk makluman semua, InsyaAllah Rumah Kebajikan Nisa' akan didaftarkan ke Syarikat Suruhanjaya Malaysia atas nama Rumah Kebajikan Nisa'. Dan rumah ini menjurus kepada pusat khidmat kaunseling dan kebajikan kepada ibu-ibu tunggal dan masyarakat2 yang memerlukan bantuan kami. Kami juga menjadikan Rumah Kebajikan Nisa' ini sebagai tempat pertemuan mesyuarat dan Usrah sesama ahli dan AJK Nisa' Kuantan. Untuk makluman, Usrah Nisa' Kuantan ditetapkan pada 2 minggu sekali, Ahad, jam 3 petang di alamat rumah kebajikan Nisa' :
1/26, Perkampungan Teluk Mahang,
Batu 5, Jalan Gambang,
25150 Kuantan.
Note : Rumah Kebajikan Nisa' berdekatan dengan Dewan Mat Kilau, belakang bangunan KPTM Batu 5. Anda boleh menghubungi kami di talian ini untuk sesi kaunseling dan kebajikan dengan membuat temu janji bersama pihak kami di talian :
  • Cik Tohirahsufi : 017-9730513 ( Pengurus )
  • Puan Muslihaziana : 013-9586641 ( Penyelia )
  • Puan Mumtahanah : 013-6401202 ( Eksekutif Kaunseling dan Kebajikan )
"ANDA JANGAN BIMBANG, TIADA BAYARAN PERKHIDMATAN DIKENAKAN, MARDHATILLAH... INSYAALLAH.. "

Picture 1 : Antara yang Nisa' yg hadir membersihkan RUMAH KEBAJIKAN NISA' KUANTAN
Picture 2 : Muslimin juga tidak ketinggalan membantu..Good Job bro!
Picture 3 : Elakkan AEDES, elakkan DENGGI!!!

No comments: