Friday, February 12, 2010

NISA' TALK SHOW: "KEPADAMU KEKASIH"

Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Senario masyarakat hari ini lebih sensitif kepada penyentuhan jiwa dan kasih sayang. Ini selari dengan fitrah manusia yang telah diciptakan oleh Al Khaliq. Sejajar dengan itu, melihat kepada kebimbangan kesalahfahaman erti pergaulan kasih sayang sesama manusia ini lah, kami SKUAD NISA’ KUANTAN dengan kerjasama Hal Ehwal NADWAH Pahang dan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 berusaha untuk melaksanakan program berbentuk forum yang memerlukan beberapa ahli panel untuk merungkai permasalahan masyarakat khususnya yang melanda remaja hari ini.

Objektif :-
- Memberikan erti kefahaman kehidupan sebenar iaitu hubungan sesama Allah, hubungan sesama manusia dan hubungan terhadap alam sekeliling.
- Mengapa orang Islam diharamkan menyambut VALENTINE’S DAY?.
- Menjelaskan erti pembudayaan jiwa yang sebenar yang sudah tentu tidak melanggar hukum syara’.
- Pergaulan bebas atau bernikah di usia muda??Perlu dikupas.
- Membudayakan sikap hormat-menghormati dan rajin berusaha memperbaiki kelemahan hidup.
- Menggalakkan sikap kerap berdoa yang semakin hilang di kalangan masyarakat.
- Peranan ibu bapa, keluarga dan kawan2 yang perlu sensitif terhadap perubahan diri yang negatif agar saling ingat mengingati dan adanya sikap tanggungjawab.


MENARIK DI NISA' TALK SHOW!!!! ANTARANYA:-
  • Pelajar sekolah rendah/menengah dan IPTA/IPTS akan mendapat diskaun yuran pendaftaran dari RM5 kepada RM3/- sahaja!!!
  • 150 peserta terawal akan mendapat cenderahati khas NISA' KUANTAN .
  • Tayangan multimedia khas dari Nisa'!!
  • Sesi bergambar bersama Skuad Nisa' Kuantan!!
Hubungi kami untuk maklumat lanjut di 017-9040513 atau 013-9586641.

" LETS SAY NO TO VALENTINE'S DAY! "

No comments: