Sunday, January 23, 2011

TEAM BUILDING 2011 BY NISA' KUANTAN


Alhamdulillah.Dengan izinNya Allah Ya Baari', kami teamwork Nisa' Kuantan seramai 9 org daripada 11 orang ahli jawatankuasa NISA' KUANTAN 2011 telah pun selesai melaksanakan TEAM BUILDING bagi sesi 2011.Bertempat di Taman Bandar, Kuantan,seawal 8pagi kami ke sana pada pagi Ahad yang cukup hening dan suasana kehijauan yg sejuk dan dingin.

Team Building bertujuan membina idea-idea di kalangan jawatankuasa Nisa' Kuantan dalam melaksanakan program2 sepanjang 2011. Jawatan yang diamanahkan kepada ahli jawatankuasa yang baru telah pun berkuatkuasa pada 12 Januarai 2011 yang lalu melalui penyerahan surat watikah/taklifan yang disampaikan oleh Ketua Nisa' Kuantan sewaktu usrah mingguan baru2 ini.Alhamdulillah, melalui tazkirah yg disampaikan oleh Unit Pembangunan Insan dan Ketua Nisa' selaku Naqibah pimpinan Nisa' Kuantan, kesemua jawatankuasa menerima taklifan secara sukarela dan ikhlas.InsyaAllah.

Melalui team building yang dilaksanakan ini, unit-unit yang terlibat telah pun membentangkan perancangan2 program yg cukup menarik. Antara unit yang membentangkan perancangan program adalah Unit pembangunan Insan( Nur salsabila Mohd Isa), Unit Kebajikan dan Kaunseling( Zakiah@Zanariah bt Salehu), Unit Kesenian dan Sukan(Ummi Salamah bt Badrul Hisyam & Siti Sarah Ramli), Unit Nisa' News Network (Sharifah Zainab bt Syed Miqdam).

Majlis tertinggi NISA' KUANTAN terdiri daripada Ketua Nisa ( Maskhazila@Tohirah Ismail), Timbalan ketua (Norrul Afzan bt Zainal Abidin ), Setiausaha 1 ( Bazilah bt Salehu ), Setiausaha II ( Nur Izzati Hidayah ) dan Bendahari ( Ibtisam Aisyah ).

Team building di akhiri dengan bacaan doa rabitah dan tasbih kifarah/Surah al Asr.

2 comments:

::muslihah zaki:: said...

Alhamdulillah...=) salsabila... salam perjuangan untuk shbt2 semua... berjalan di bumi Allah dengan sebaiknya...:)

سريكندي آلنساء said...

Alhamdulillah wa syukralillah