Saturday, August 6, 2016

Assalamualaikum Cinta



Kelam malam semakin pekat. Langit terang disimbah cahaya rembulan. Sang purnama Zulkaedah yang baru sahaja beberapa hari menjelma wajahnya. Mata admin semakin kuyu sebenarnya. Digagahkan jua singgah ke laman yang.... ehem.. ehem.. fuh. Suci dalam debu. Adui macam tajuk lagu pula. 

Bukan main lama menyepi. Ingat termasuk gua tak lepas keluar. Ini baru intai-intai untuk aktifkan kembali blog. Sebelum itu admin nak ucap dahulu:

Assalamualaikum Cinta
~Kami Muncul Semula~

Lama sesangat tidak bersua di alam maya. Jari jemari kena buli lebih selepas ini. Denda sebab lama 'menyendiri'. Rindu dengan peminat-peminat lama & baru. Insya-Allah mai singgah ziarah kami di muka buku deh. Jangan malu-malu komen, share & sebagainya. Buat macam rumah sendiri. Aiikk.. Lain macam ayat. Almaklum semakin mengantuk.


Jumpa lagi dalam siri penulisan, info, karya, celoteh, berita hangat & lain-lain daripada kami. Jangan pernah jemu dalam mengalirkan kebaikanmu di setiap peluang & ruang. Kerna kita wanita, berharganya sehingga disebut-sebut di dalam Al-Quran. Sekian bebelan hari ini daripada admin yang semakin terlena.

Keanggunan yang terpancar darimu.. muslimah..
Ketegasan jiwamu bak perisai nan indah
Kau hadirkan pesona penuh berbalut takwa
Laksana surga di dunia


Keteguhan hatimu oh wanita muslimah
Ketangguhan dirimu yang terbingkai sholehah
Perhiasan dunia tunduk pada yang Kuasa
Sejukmu menentramkan jiwa


Engkau wanita syurga bidadari dunia
Kehormatan kau jaga dengan penuh cinta
Engkau wanita syurga
bak permata berharga
berbinar indah dalam kesucian jiwa


Salam sayang penuh kerinduan.
Selamat malam.
Wassalam.

1.08 am
Malam Dingin





No comments: