ISLAMIC ARTICLE





Assalamualaikum .Salam Ukhuwah penuh Mahabbah.Ayat yg biasa kita dengar dari orang2 yg egois tentang menutup aurat, "DON'T JUDGE THE BOOK BY ITS COVER??" atau "MATI PUN KUBUR LAIN2???"...Kalau yg bercakap ni jenis tak menutup aurat, ayat biasa dengar "Hidayah tak sampai lagi.."..Pendek kata, ada saje alasan yg kita nak beri.Tp bila nyawa dah ditarik, berhadapan dengan Hari Perhitungan, mulut sudah tidak mampu memberi alasan.Tetapi yg berkata2 adalah setiap anggota tubuh badan kita yg berlaku jujur tanpa sebarang alasan di hadapan Allah Ya Hasib..

SATU ketika dulu, ramai mengatakan memakai tudung itu hanyalah sunat muakad atau tidak wajib. Kalau tidak memakai tudung, hanya berdosa kecil. Kononnya sebaik saja mengambil wuduk untuk bersolat lima waktu, secara automatik dosa kita dibasuh dan terhapus.

Apabila bergaul dengan pelbagai bangsa dan agama, kita banyak mendengar dan membaca bagaimana media barat memomokkan kod pakaian wanita Islam yang dikaitkan dengan maruah dan harga diri.

Di satu sudut lain, ada wanita Islam yang bertudung dan menyangkakan mereka sudah menutup aurat, tetapi masih mengenakan seluar jeans yang ketat, kemeja T menampakkan pakaian dalam atau yang hanya layak dipakai oleh adiknya berumur 10 tahun.

Ada juga yang mengenakan tudung, tetapi memakai kain terbelah sehingga menampakkan peha, pakaian terbelah di dada, kemeja T berlengan pendek dan ada kalanya memakai skirt separas betis. Persoalannya apakah ciri pakaian menutup aurat bagi wanita Islam?

Aurat berasal daripada bahasa Arab, ‘Aurah’ yang bererti kurang. Di dalam fiqh, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutupi daripada pandangan orang lain. (Wahbah al-Zuhayli (1989), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik: Dar al-Fikr, halaman 579)

Walaupun ulama berkompromi mengenai had aurat yang perlu ditutup oleh wanita, namun mereka bersepakat mengatakan hukum menutup aurat bagi setiap wanita Muslim yang baligh adalah wajib. Untuk memenuhi syarat menutup aurat, pakaian seseorang wanita mestilah memenuhi syarat berikut:

1. Menutupi had aurat yang sudah ditetapkan.
Jumhur ulama bersepakat mengatakan aurat bagi wanita baligh ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. Oleh itu, mereka wajib menutup aurat daripada dilihat oleh lelaki ajnabi (bukan mahram).

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.” (Surah al-Nur, ayat 31)

Firman Allah lagi yang bermaksud: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 59).
Ayat itu Allah memerintahkan supaya Nabi Muhammad SAW menyuruh isteri Baginda mengenakan pakaian yang menutup aurat. Suruhan itu juga ditujukan kepada semua wanita beriman.

2. Pakaian yang longgar.
Tujuan utama wanita diwajibkan menutup aurat ialah untuk mengelakkan daripada lelaki ajnabi melihat tubuh badannya dan mengelakkan daripada berlakunya fitnah. Oleh itu, pakaian yang ketat walaupun tebal sudah pasti akan menampakkan bentuk tubuh badan. Wanita yang memakai pakaian ketat walaupun menutupi seluruh tubuh masih belum memenuhi tuntutan menutup aurat seperti dikehendaki syarak.
Syarat ini berdasarkan kepada kata Dahiyyah bin Khalifah al-Kalbi yang bermaksud: “Rasulullah SAW didatangi dengan beberapa helai kain ‘qubtiyyah’ (sejenis kain yang nipis buatan Mesir), lalu Baginda berkata: “Bahagikan kain ini kepada dua, satu daripadanya dibuat baju dan bakinya berikan kepada isterimu.” Apabila aku berpaling untuk beredar Baginda berkata: “Dan suruhlahisterimu meletakkan kain lain di bawahnya (supaya tidak nampak bentuk tubuhnya).”
Menurut Ibn Rusyd, ‘qubtiyyah’ ialah pakaian yang tebal tetapi melekat pada badan kerana ianya ketat dan menampakkan bentuk tubuh pemakainya. Oleh itu, Rasulullah SAW menyuruh Dahiyyah menyuruh isterinya melapik pakaian itu dengan kain lain supaya tidak menampakkan bentuk tubuhnya.

3. Pakaian yang tidak jarang.
Syarak menetapkan pakaian wanita mestilah tidak jarang sehingga menampakkan bentuk tubuh atau warna kulitnya. Aisyah meriwayatkan bahawa saudaranya, Asma, pernah masuk ke rumah Rasulullah SAW dengan berpakaian tipis sehingga nampak kulitnya. Rasulullah SAW berpaling dan mengatakan: “Hai Asma, sesungguhnya seorang perempuan bila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini sambil ia menunjuk muka dan kedua telapak tangannya.”
Teguran Rasulullah SAW terhadap Asma jelas menunjukkan bahawa pakaian yang jarang tidak memenuhi syarat menutup aurat bagi wanita baligh.

4. Bukan pakaian yang menarik perhatian (pakaian syuhrah).
Apa yang dimaksudkan pakaian untuk bermegah ialah pakaian yang berlainan daripada pakaian orang lain sama ada dari segi warna, fesyen atau potongan sehinggakan menarik perhatian orang lain serta menimbulkan rasa bongkak pada pemakainya.
Ibn Umar meriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa Baginda bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang memakai pakaian bermegah-megah maka Allah Taala akan memakaikannya dengan pakaian yang serupa pada hari kiamat kelak kemudian ia akan dijilat api neraka.”

5. Tidak menyerupai pakaian lelaki atau pakaian orang kafir.
Pakaian yang menutup tubuh badan tidak dikira sebagai memenuhi ciri pakaian Islam jika menyerupai pakaian orang kafir. Ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW seperti diriwayatkan Ibn Abbas: “Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.”
Larangan menyerupai pakaian orang bukan Islam ini atas alasan ia boleh menjatuhkan martabat Islam dan penganutnya.

6. Tidak bertabarruj.
Tabarruj dalam bahasa mudah boleh diertikan sebagai bersolek. Ada juga yang mengatakan tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatka nnya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya. Kesimpulannya tabarruj ialah memperlihatkan keelokan, kecantikannya yang sepatutnya wajib ditutup.
Larangan ini berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku (tabarruj) seperti orang jahiliah dulu (pertama).” (Surah al-Ahzab, ayat 33)
Ayat itu petunjuk kepada isteri Nabi SAW supaya tetap di rumah dan tidak bertabarruj seperti orang jahiliah dulu. Konsep tabarruj jika dilihat dalam kerangka lebih luas meliputi perbuatan wanita mendedahkan aurat, memakai wangian apabila keluar rumah, cara berjalan atau tingkah laku yang menarik perhatian lelaki ajnabi.

Pakaian wanita menutup aurat mestilah memenuhi ciri disebutkan walau di mana mereka berada. Berdasarkan syarat itu juga dapat kita ukur sejauh mana wanita Muslimah sudah menutup aurat atau hanya bertudung saja seperti fenomena di Malaysia apabila ramai bertudung tetapi memakai pakaian tidak menepati syariat. Ia adalah fenomena pemakaian tudung kerana fesyen, ikut-ikutan, paksaan ataupun berdasarkan kejahilan dan bukannya ilmu Islam sebenar.

Sumber : Blogger.

Hak Terpelihara: Nisa' Kuantan 2011.
Mari Mengenali Nama-Nama Allah..Asma'ul Husna..


Assalamualaikum w.b.t. .Hari ini ana ingin menceritakan tentang beberapa sifat2 Allah.. Iaitu Ya Rozzaq (Maha Pemberi Rezeki), Ya Wahhab(Maha Pemberi), Ya Basith (Yang Melapangkan), Ya Baari’(Yang Maha Mengatur Agenda/Perancang),Ya Hadi (Maha Memimpin),Ya Mujib (Maha Mengkabulkan),Ya Latiff(Maha Melembutkan), Ya Shakur(Yang Menghargai/syukur),Ya Waaliy(Maha Menguasai Urusan),Ya Malek(Pemilik Kekuasaan).

Di sebalik nama Asma’ul husna,ana ingin berkongsi cerita keajaiban2 yg selalu ana kongsikan kpd para sahabat setiap kali mereka bertanya tentang kesederhanaan kehidupan ana. Syukur Alhamdulillah ana memahami dan mengenali sifat2 Allah ini daripada majikan ana sendiri,iaitu Prof Madya Dr Wan Maseri Wan Mohamad. Dengan mengenali 99 nama Allah, ana mampu meyakini segala rezeki adalah di tangan Allah S.W.T. Berbeza dgn dahulu, apabila ana menyebut “rezeki di tangan Tuhan”sedangkan hati ana tidak yakin dgn ayat ana itu,malah gundah gulana menanti gaji setiap hujung bulan(sebelum berhenti sebagai guru).Mungkin ayat itu sudah menjadi kebiasaan sbg NASIHAT,sedangkan ianya tdk menusuk ke qalbu..Bagaimana hendak merasai nikmatnya keyakinan bahawa Allah yg memberi Rezeki, masyaAllah..Bergenang airmata ana saat ana menulis artikel ini..Ana berkhidmat sbg guru selama 4 tahun, dan selama 4 tahun itu ana sentiasa membilang hari menanti gaji.Asal gaji lambat, maka amarah lah kpd pihak pentadbiran sekolah.Bila difikir2 semula hari ini,apakah kenikmatan yg ana dapat semasa menjadi guru dengan gaji yg lebih dari cukup?Malah masih lagi membuat pinjaman dengan pentadbiran kerana serba-serbi tidak merasa cukup.Melihat org lain membeli itu ini,bahkan ianya menjadi trend di bilik guru apabila setiap hujung bulan,bayar hutang barang itu ini..

Sampai lah 1 tahap,ana berhenti dr mengajar atas sebab untuk menyambung karier lain.Di situ ana masih belum mengenali Allah Ya Razzaq dengan hati yg menusuk di qalbu..Payah juga kan utk meyakini dgn sebenar2 keyakinan, bukan hanya sekadar di mulut semata2.Tiba lah saat terdetik di hati, teringin membeli kereta.Sedangkan akaun dalam bank sudah zero, kwsp terhenti buat sementara.Tp keyakinan untuk membeli kereta semakin kuat demi memudahkan urusan kebajikan(ketika itu ana menguruskan rumah kebajikan dan anak2 yatim).Dengan tiada sokongan apa2,ana membuat permohonan membeli kereta tetapi dengan niat utk menguruskan kerja2 dakwah, hal2 kebajikan.Ini niat ana.Dan jika niat ana lari, ana redha jika permohonan duniawi ini gagal..Permohonan pertama, GAGAL.Dan ana terkedu apabila salesman memaklumkan sedemikian.Akhirnya ana mohon kali kedua.Dalam tempoh permohonan, ana berfikir.Mungkin kah semasa permohonan pertama,ana tdk bersungguh dengan niat itu tanpa mengharap bantuan dr Allah.Hari berlalu dan dlm tempoh permohonan,ana rasa sungguh susah hati.Lalu mengadu kepada Allah..Kenikmatan mengadu kpdNya dpt ana rasakan hingga menitiskan airmata.Betapa ana tdk pernah merasai nikmatnya berdoa berbanding sebelum ini yg hanya teori semata2.Subhanallah..Ana berdoa,Allah Ya Razzaq..Sesungguhnya Engkaulah yg Maha Pemberi Rezeki ke atas hamba2 Mu..Limpahkan lah rezeki Mu kpd ku dengan sifat Al Wahhab Mu Ya Allah..Engkaulah Yang Maha Pemberi..Ku bermohon demi perjuangan Islam.Tetapi jika niat ku lari, aku redha Ya Allah..Aku tiada apa2 melainkan adanya Kau Allah Ya Basith..Lapangkan lah kesulitan ku ini Ya Allah..Aku berserah melalui segala aturan dan agendaMu Allah Ya Baari’..Sesungguhnya Engkaulah sebaik2 perancangan..Allah Ya Hadi..Pimpinlah hambaMu ini dalam membuat keputusan..Adakah keputusan ku ini memberi kebaikan kpd ku dan sekeliling..Moga rezeki yg Kau limpahkan ini dpt memberi manfaat kpd org yg berada dekat dgn ku..Allah Ya Latiff..Lembutkan lah hati2 mereka yg menguruskan permohonan Ku..Kau tutuplah segala aib yg ada pd ku..Lembutkanlah hati mereka Allah Ya Latiff..Ya Allah..Hanya kpdMu aku berserah..Kabulkan lah permintaan hambaMu ini Allah Ya Mujib..Ameen Ya Rahman, Ya Rahim..Ya Aziz..

2 minggu berlalu..akhirnya, salesman telefon dan mengatakan “sy tdk pernah menguruskan kes sepelik ini.Inilah kes yg paling rumit tp ajaib yg sy penah handle.Alhamdulillah rezeki awak cik.”.Ana terus melakukan sujud syukur, kerana Allah telah memudahkan urusan ana utk melakukan keja2 islam.keja2 kebajikan.keja2 ibadah.Dan sehingga kini, Alhamdulillah ana istiqamah dgn hal2 kebajikan.Dan mampu membina pertubuhan kebajikan bersama majikan dan rakan sejawatan, khas utk warga emas, anak yatim, OKU, fakir miskin dan ibu tunggal..semuanya adalah aturan Allah Ya Baari’..Rezeki ini juga kepunyaan Allah Ya Malek..Allah..Sesungguhnya hambaMu bersyukur dengan Mu Allah Ya Shakur..Permudahkan lah urusan dan hal2 ibadah hambaMu ini Allah Ya Waaliy…Allah..Allah..Allah..Sentiasa bersyukur dgn pemberian dr Allah Ya Wahhab..agar kita tdk menjadi insan yg kufur akan nikmatNya.Kadang2 rezeki kita itu ada sebahagian hak org lain.Maka jika ada sahabat yg kesulitan,bantu lah.jika ada insan2 yg memerlukan bantuan, bantulah.sedeqahlah sebahagian harta kita.krn sebahagian harta kita juga kepunyaan Allah Ya Malek..

Sekadar berkongsi pengalaman..Hasil Nukilan Tohirah Sufi…2011

~InsyaAllah selepas ini akan menyusul keajaiban sifat2 Allah berkaitan jodoh,berkaitan cemerlang peperiksaan(pengalaman),berkaitan cukupkan kerehatan/tidur(Allah Ya Hasib).~

 Sumber: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=1863402674643 set=a.1101680712070.2015860.1528286439&theater(Tohirah Sufi Facebook,penulis artikel islamik dan cerpen,UiTM)