NISA' KUANTAN ( آلنسء كوانتن )
" KERANA DIRIMU SUNGGUH BERHARGA.. ALLAH YA WADUD.. ALIRKAN CINTA-MU DALAM JIWA-JIWA KAMI.. AGAR BERSATU SUJUD KEPADAMU.. ALLAH YA WAHAB.. "
Saturday, February 11, 2012
Tuesday, February 7, 2012
FORUM :KU PINANG MU DENGAN BISMILLAH
Dicatat oleh
سريكندي آلنساء
Dijemput muslimin muslimat ke TALK SHOW "KU PINANG MU DENGAN BISMILLAH" anjuran AMAN CLUB KIPSAS dan CAHAYA AL KHAIR RESOURCES pada 13 Februari 2012, Masjid Kipsas,jam 8 malam.Ahli Panel:1-Ustazah Mahaya Manaf,pendakwah bebas FB Mari Tanya Ustazah,2-Ust Sufian,Pensyarah Kolej Islam Pahang, 3-Ukhti Maskhazila Ismail@Tohirah,Pengarah Cahaya Al Khair Resources.Kupasan ilmu dan sesi soal jawab,serta montaj2 menarik.Masuk percuma!
Wednesday, November 9, 2011
INFO:KURSUS BAHASA ARAB & TAJWID
Dicatat oleh
سريكندي آلنساء
Kursus bahasa arab dan Tajwid pd ahad ini 13 Nov 2011,jam 9pg di madrasah as saadah,Kuantan.Org2 sekitar Kuantan yang nak hantar anak2 umur 13 tahun ke atas boleh hubung kami 013 925 7318.Daftar RM20 sahaja.Sijil kursus disediakan.Anjuran NISA' KUANTAN dgn kerjasama Cahaya Al Khair Resources.
Tuesday, November 8, 2011
NISA' KUANTAN SELESAI AGIH KAN DAGING KORBAN,BERAS dan KUIH RAYA.
Dicatat oleh
سريكندي آلنساء
![]() |
| Agihan daging korban buat Ibu Tunggal |
![]() |
| Agihan daging korban,beras dan kuih raya untuk OKU@Fakir Miskin |
![]() |
| Agihan daging korban untuk anak yatim |
![]() |
| Agihan daging korban untuk OKU |
![]() |
| Terasa kepenatan walaupun masa ini baru sahaja 4 buah rumah.Mungkin kerana melalui denai2 dan hutan belukar yg penuh lecah dan selut.Ini lah cabaran buat TEAM NISA' KUANTAN! |
![]() |
| Antara sukarelawan NISA' yg sudi menghulurkan bantuan tenaga.Bukan mudah nak pikul beras tu. |
![]() |
| Sumbangan duit,kuih raya dan daging korban. |
![]() |
| Antara penerima sumbangan yg cukup istimewa,adik Syauqie yang mengidapi autism.Tp sgt2 bijak!! |
Friday, October 28, 2011
PROGRAM TERKINI :KURSUS ASAS BAHASA INGGERIS(GRAMMAR)
Dicatat oleh
سريكندي آلنساء
KURSUS ASAS BAHASA INGGERIS(GRAMMAR) PADA AHAD INI, 30 OKTOBER 2011, JAM 9 PG - 1 PETANG,DEWAN MADRASAH PASTI AS SAADAH KUANTAN.PENDAFTARAN UNTUK PESERTA BERUMUR 13-18 THN dan 19-45 tahun RM20 sahaja termasuk handout berserta sijil penyertaan.
Hubungi 013-925 7318 utk pendaftaran(sms nama,no tel,alamat,i.c,email).TQ
Saturday, September 17, 2011
TANAH MELAYU TIDAK PERNAH DIJAJAH???
Dicatat oleh
سريكندي آلنساء
![]() |
| Hj Mat Sabu |
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (bawah) berkata parti perlu melihat dahulu peruntukan dalam akta baru itu.
"Kita tidak mahu pengumuman penghapusan ISA ini sebagai gimik pilihan raya tetapi ianya benar-benar diusahakan kerana ia adalah tuntutan sebahagian besar rakyat di negara ini," katanya kepada pemberita di Kota Kinabalu hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Perutusan Khas Hari Malaysia malam tadi mengumumkan ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.
Perdana menteri berkata undang-undang baru itu akan digubal di bawah 'semangat serta payung' Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.
Dalam perutusan itu, beliau turut mengumumkan pemansuhan Akta Buang Negeri 1959 selain akan mengkaji semula secara komprehensif Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan seksyen 27 Akta Polis 1967.
Wednesday, August 24, 2011
Friday, April 29, 2011
HARI KEBUDAYAAN ISLAM & KONVENSYEN SRIKANDI ANJURAN NISA' KUANTAN
Dicatat oleh
سريكندي آلنساء
Assalamualaikum W.B.T..Perhatian utk warga MTU,julung jalinya pihak admin akan mengadakan pertemuan semua warga maya MTU di Facebook pada 29 Mei 2011,10pagi diperkarangan masjid Al Fatah Kuantan bersempena HARI KEBUDAYAAN ISLAM&KONVENSYEN SRIKANDI(MADANI'11)Anjuran NISA' KUANTAN.Perjumpaan ini akan diserikan lagi dengan pelbagai program menarik.Antaranya:
1- Pertandingan nyanyian kanak2 perempuan(berkumpulan) dan solo(lelaki).
2- Pertandingan fesyen Busana Muslim dan Muslimah Kanak2(Terbuka),persembahan Busana Muslimah(Tertutup).
3- Pertandingan pidato kanak2,sajak, bercerita dan Azan.
4- Pertandingan memasak berkumpulan-limit 3 org ahli kumpulan(samada suami, isteri, anak)@kawan2.
5- Pertandingan kucing sihat(Terbuka)
6- Pertandingan bayi comel.(Terbuka)
7- Forum "MARI TANYA USTAZAH".Panel jemputan: Penasihat program(Prof Madya Dr Wan Maseri Wan Mohamad)dan 2 org pendakwah bebas.(Terbuka)
8- Pertandingan lakonan/sketsa/pantomin - pelajar IPT,pelajar sek men/ren.
9- NISA' SMALL KINDNESS bersama PERTUBUHAN D'NASTI-Sumbangan beras,alatulis,brg makanan kpd 20 org(OKU, Anak Yatim, Fakir Miskin )(Jika sumbangan lebih, insyaAllah bilangan penerima akan dinaikkan).
10- Pameran NISA' dan Kaunter keahlian terbuka Nisa' Kuantan.
11- Pertemuan ahli NISA' KUANTAN ONLINE ( Dari alam maya bertemu di alam realiti)
12- Nisa' jemputan : NISA' BERDEKATAN( NISA' INDERAMAHKOTA, NISA' PAYA BESAR, NISA' PEKAN).
13- JUALAN T-SHIRT MUSLIMAH, JUALAN BUKU.
14- Percuma goodies dari pihak penganjur untuk 100 hadirin yang terawal.
Syarat2 pendaftaran peserta dan hadirin akan di masukkan dalam blog Nisa' Kuantan secepat yang mungkin pada minggu ini.http://www.nisakuantan.blogspot.com/. AHLAN WASAHLAN ...
Talian untuk di hubungi : 013-925 7318/014-803 7327
1- Pertandingan nyanyian kanak2 perempuan(berkumpulan) dan solo(lelaki).
2- Pertandingan fesyen Busana Muslim dan Muslimah Kanak2(Terbuka),persembahan Busana Muslimah(Tertutup).
3- Pertandingan pidato kanak2,sajak, bercerita dan Azan.
4- Pertandingan memasak berkumpulan-limit 3 org ahli kumpulan(samada suami, isteri, anak)@kawan2.
5- Pertandingan kucing sihat(Terbuka)
6- Pertandingan bayi comel.(Terbuka)
7- Forum "MARI TANYA USTAZAH".Panel jemputan: Penasihat program(Prof Madya Dr Wan Maseri Wan Mohamad)dan 2 org pendakwah bebas.(Terbuka)
8- Pertandingan lakonan/sketsa/pantomin - pelajar IPT,pelajar sek men/ren.
9- NISA' SMALL KINDNESS bersama PERTUBUHAN D'NASTI-Sumbangan beras,alatulis,brg makanan kpd 20 org(OKU, Anak Yatim, Fakir Miskin )(Jika sumbangan lebih, insyaAllah bilangan penerima akan dinaikkan).
10- Pameran NISA' dan Kaunter keahlian terbuka Nisa' Kuantan.
11- Pertemuan ahli NISA' KUANTAN ONLINE ( Dari alam maya bertemu di alam realiti)
12- Nisa' jemputan : NISA' BERDEKATAN( NISA' INDERAMAHKOTA, NISA' PAYA BESAR, NISA' PEKAN).
13- JUALAN T-SHIRT MUSLIMAH, JUALAN BUKU.
14- Percuma goodies dari pihak penganjur untuk 100 hadirin yang terawal.
Syarat2 pendaftaran peserta dan hadirin akan di masukkan dalam blog Nisa' Kuantan secepat yang mungkin pada minggu ini.http://www.nisakuantan.blogspot.com/. AHLAN WASAHLAN ...
Talian untuk di hubungi : 013-925 7318/014-803 7327
Tuesday, April 5, 2011
INFO : FORUM BANTAH RARE EARTH PLANT
Dicatat oleh
سريكندي آلنساء
Nisa' Kuantan mengajak semua ahli2 NISA'KUANTAN, NISA' INDERAMAHKOTA, NISA' PAYABESAR dan mana2 Nisa' berdekatan untuk menghadiri forum BANTAH LYNAS sebagaimana berikut :
Program: PKNP Townhall Meeting/Forum on Lynas Rare Earth Plant .
Tarikh : 5hb April 2011.
Masa : 8 mlm.
Tempat: Kompleks Dagangan Mahkota, Bandar Indera Mahkota, Kuantan.
Note: Ruang untuk mendengar penjelasan mereka, dan mengemukakan pertanyaan / bantahan kita. Do our homework, lets take part!
Saturday, March 26, 2011
BANTAH RARE EARTH PLANT
Label:Bingkisan Wanita
ISU SEMASA
Dicatat oleh
سريكندي آلنساء
Salam.
Mohon sokongan rakyat yang prihatin, selamatkan Malaysia.
(taken from rozaini mohd rosli blog, thanks brother)
Mari ikuti ucapan wakil Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh berkenaan hal ini
Perbahasan Titah DYMM SPB Yang Di Pertuan Agung
oleh B Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan pada 15 Mac 2011
FUZIAH SALLEH
Tuan Yang diPertua
• Saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang Dipertua kerana memberi peluang dan laluan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong buat sesi Mesyuarat ke 4 sidang Parlimen ke 12 kali ini.
ALAM SEKITAR DAN MANUSIA
• Saya turut serta rakan – rakan Ahli Parlimen yang lain di dalam solidariti dan menyampaikan ucapan takziah kepada Negara serta rakyat Jepun. Ribuan nyawa manusia telah kehilangan akibat tragedi tersebut. Ribuan manusia bersedih di atas kehilangan dan kematian keluarga tercinta. Malah seluruh dunia berdukacita diatas bencana yang menimpa dan apabila melihat kerosakan keatas alam yang begitu dasyat sekali.
- Sehingga kini sudah ada 4 reactor nuclear yang meletup dan pencemaran radiasi amat-amat mencemaskan rakyat bukan sahaja di Negara Jepun akan tetapi diseluruh rantau ini
- Kini ratusan mungkin ribuan manusia telah terdedah kepada bahan radiasi akibat letupan tersebut. Dimasa yang sama ratusan ribu manusia pula terpaksa dipindahkan ketempat yang lebih selamat.
- Sehubungan dengan itu selain dari mengucapkan takziah terhadap Kerajaan dan rakyat Jepun, saya juga ingin menyarankan kepada Kerajaan Malaysia untuk memikirkan strategi membawa pindah atau membawa balik rakyat Malaysia serta pelajar di Jepun, yang mungkin terdedah kepada bahan radiasi akibat daripada letupan reactor nuclear itu. Keprihatinan pihak berwajib untuk bertindak cepat amat-amat di perlukan pada waktu dan ketika ini. Kita tidak seharusnya menunggu kesan sampingan terdedah kepada bahan radiasi ini berlaku dengan parah sebelum kita bertindak.
Tuan Yang di Pertua
- Alam Sekitar dan keselamatan penduduk bukan merupakan satu isu yang selalu mendapat perhatian awam di Malaysia sehinggalah tragedi seperti ini berlaku dan kita semua telah menyaksikan dengan perasaan gerun bercampur terharu serta sedih melalui kaca televisyen tentang bagaimana dasyatnya keadaan diNegara Jepun apabila tsunami melanda.
- Sehubungan dengan perbahasan Alam Sekitar ini saya ingin membawa isu berkenaanrefinery plant ataupun logi pemprosesan rare earth kepunyaan Lynas Corp Ltd diKuantan. Perkara ini telah saya bangkitkan buat pertama kalinya di dewan yang mulia ini pada 18hb November 2008 dan seterusnya buat beberapa kali lagi. Namun perkara ini masih belum dianggap penting oleh Kerajaan Malaysia. Projek ini masih diteruskan sehinggalah seorang wartawan NYT, Keith Bradsher telah terbang jauh ke Kuantan untuk membuat penyelidikan dan seterusnya menulis di dalam akhbar New York Times pada 7 November 2011. Apabila masyarakat antarabangsa mula mengambil perhatian tentang perkembangan yang berlaku di Malaysia berkenaan isu ini, maka rakyat di Malaysia juga sudah mula bercakap dan berbahas di kedai kopi serta di media sosial dan internet.
- Setelah lebih dua tahun berbahas mengenai isu ini saya masih tidak faham apakah rasionalnya Kerajaan Pusat mahupun Kerajaan Negeri Pahang bertegas dan beria-ia mahu meneruskan projek ini. Jelas tiada siapa yang akan mendapat keuntungan dari projek ini.
- Memang industri ini merupakan industri yang strategik akan tetapi, wajarkah Malaysia melibatkan diri didalam keadaan tiada keuntungan buat Negara kita?
Tuan Yang di Pertua,
Memang kita tiada mendapat keuntungan langsung. Hanya risiko yang menanti
Saya jelaskan dan tegaskan keadaan ini adalah kerana:-
1. LYNAS CORPORATION LTD merupakan syarikat milik penuh Australia (tiada ‘local partner’ diatas kertas) Maksudnya tiada syarikat milik rakyat Malaysia yang akan mendapat keuntungan dengan projek ini.
2. LYNAS CORPORATION LTD dianugerahkan oleh MITI ‘Strategic Pioneer Status’ – tidak perlu membayar cukai import atau export selama 12 tahun. Maka tiada keuntungan buat Malaysia dari segi cukai korporat yang di kutip. Syarikat LYNAS Corp Ltd akan mendapat US$1.7 billion setahun daripada nilai export rare earth dan Malaysia tidak akan dapat satu sen pun dalam bentuk cukai selama 12 tahun.
3. Logi pemprosesan rare earth di Gebeng apabila beroperasi hanya akan mengambil 450 orang pekerja (tidak ‘labour intensive’) Kebanyakan pekerja pula akan merupakan tenaga mahir dari luar Negara dan sedikit sahaja bilangan buruh dari tempatan.
Yang ada kesan keatas kita, hanyalah risiko diatas sisa buangan thorium yang mengandungi bahan radioaktif. Malaysia mendapat penghormatan menjadi ‘dumping ground’ atau tapak buangan sisa bahan radioaktif dan rakyat Kuantan menjadi mangsa tak pasal-pasal.
Di seluruh dunia, buat ketika ini, selain di Negara Cina, hanya Negara India yang punyai logi pemprosesan rare earth – itu pun dalam skala yang amat kecil. Malaysia pula merupakan hanya satu-satu Negara di dunia yang akan melibatkan diri dalam pemprosesan rare earth ini di dalam rangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Apabila seluruh dunia sudah punyai kesedaran tentang bahaya rare earth dan menolak untuk memproses bahan ini selama lebih 3 dekad, Malaysia buat keputusan untuk menerima pula?
Tuan Yang di Pertua
Negara Cina memang ada kepentingan untuk memproses ‘rare earth’, kerana mereka sekarang mengawal pasaran dunia didalam industri strategik ini. Malah kilang LYNAS di Negara Cina sebelum ini diarahkan tutup kerana Negara Cina mahu mengawal pasaran dunia. Sekarang ini Negara Cina juga meletakkan embargo keatas ‘rare earth’ ini demi untuk menjaga harga di pasaran dunia dan mengaut keuntungan yang lebih banyak.
Negara Amerika Syarikat dan Canada juga mempunyai deposit ‘rare earth ‘ akan tetapi berhenti melombong bahan ini kerana Negara Cina dapat menghasilkannya dengan lebih murah. Negara Cina yang mempunyai lombong ‘rare earth’ mereka sendiri, mempunyai lebih kurang 30% daripada deposit didunia akan tetapi mengawal 97% dari produk rare earth dalam pasaran. Maka diatas sebab itu mereka ada sebab untuk meneruskan pemprosesannya disana, walaupun logi pemprosesan mereka di Shanghai sungguh-sungguh tidak menepati piawaian Alam Sekitar yang di tetapkan dunia antarabangsa.
- Malaysia tiada lombong ‘rare earth’ dan Malaysia tidak PERLU untuk proses ‘rare earth’ ini. Seluruh dunia selama 3 dekad sudah pun menolak untuk memproses bahan ini.
Penegasan dari saya ialah Negara Malaysia mahupun Kerajaan Negri Pahang tidak mendapat keuntungan dari jumlah export LYNAS CORP sebanyak US$1.7 billion setahun hasil dari pemprosesan bermula pada penghujung tahun ini.
Apa yang rakyat Malaysia, khususnya warga Kuantan hanya akan dapat ialah sisa buangan yang mengandungi thorium. Satu bahan yang radioaktif serta juga carcinogenic. (boleh menyebabkan cancer)
Yang paling merisaukan ialah, kesan-kesan negatif dari bahan buangan radiaoaktif bukan sahaja akan berlarutan selama satu atau dua tahun – tetapi beribu ribu tahun!!! Ini bermaksud, Cucu kita, cicit kita, dan cucu kepada cicit kita juga boleh manjadi mangsa!
Tuan Yang di Pertua
- Saya di fahamkan bahawa Malaysian Atomic Energy Licensing Board AELB hanya mengeluarkan lesen kepada LYNAS Corp Ltd untuk bina logi pemprosesan di gebeng Kuantan akan tetapi belum lagi mengeluarkan Lesen untuk beroperasi memproses rare earth. (Memetik Kenyataan Ketua Pengarah AELB)
- YAB Timbalan Perdana Menteri berkata bahawa beliau tidak pasti samada logi Lynas di Gebeng sudah mendapat kebenaran beroperasi atau tidak. Timbalan Perdana Menteri juga berkata beliau akui bahawa ada kerisauan rakyat berkenaan pembinaan logi rare earth di Gebemg Kuantan ini.
- Akan tetapi YAB Perdana Menteri sudah pun membuat kenyataan bahawa semua langkah keselamatan telah di ambil di logi Lynas Gebeng. Mana mungkin YAB PM membuat kenyataan demikian didalam keadaan AELB masih lagi meneliti prosedur keselamatan berkenaan pengurusan sisa buangan di logi Lynas.
- Sehubungan dengan itu, saya ingin bertanya kepada AELB selain dari laporan dalaman agensi, adakah AELB sudah berusaha mendapatkan laporan dan kajian dari Badan Bebas (Independent Risk Assessment) berkenaan risiko yang akan kita bakal hadapi dan impak daripada bahan sisa buangan yang mengandungi thorium ini. Selama ini apabila saya menuntut satu DEIA dibuat keatas projek ini, pihak Kementerian buat tak tahu juga.
Tuan Yang di Pertua
- Buat masa ini LYNAS masih belum ada perancangan konkrit berkenaan bagaimana sisa yang mengandungi thorium itu akan diselenggara.
Saya tegaskan disini bahawa apa yang terbaik patut dilakukan oleh AELB ialah hentikan segala niat untuk keluarkan lesen operasi memproses rare earth kepada LYNAS. Logi LYNAS kini masih didalam binaan dan belum bermula operasi sehingga penggal terakhir tahun ini. AELB masih sempat balik ke pangkal jalan dan buat keputusan yang terbaik demi rakyat.
Adakah kita mahu tunggu ada kes seperti di Bukit Merah, ada anak pekerja yg lahir cacat, abnormal, baru kita mahu bertindak? Adakah nyawa dan keselamatan rakyat Kuantan begitu tidak berharga kepada Kerajaan Malaysia?
Pada ketika ini, kebanyakan rakyat Kuantan sudah pun menyedari risiko yang di bawa oleh logi Lynas ini dan sedang bangkit untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka. Sekiranya selama ini pihak MOSTI, Kerajaan tempatan mahupun LYNAS mampu memperkecilkan isu ini dengan membuat ‘PR exercise’, kini tidak lagi.
Selaku wakil rakyat di Kuantan usaha saya membela keselamatan rakyat Kuantan akan saya teruskan sehinggalah logi pemrosesan LYNAS yang kini dalam binaan di tutup dan kita hantar mereka balik ke Australia. Kalau mereka terdesak sangat mahu memproses rare earth mereka, buat lah logi pemprosesan di Negara mereka sendiri.
Sehubungan dengan itu, saya gesa sekali lagi, AELB, untuk hentikan serta merta segala usaha yang menjurus kepada pengeluaran lesen kepada LYNAS untuk beroperasi. Malah pada saya isu ini tidak seharusnya timbul untuk dibahaskan kerana Kerajaan Malaysia sepatutnya sudah awal-awal lagi menolak projek yang tidak mendatangkan manfaat serta tidak membawa keuntungan serta faedah didalam semua aspek kepada Negara ini
• Latar belakang maklumat Pemprosesan bahan yang sama di Malaysia sebelum ini
1. November 1979: Syarikat Asian Rare Earth (ARE) dibentuk untuk mengekstrak itrium (sejenis unsur nadir bumi) daripada monazit. Sisa buangan yang menjadi milik kerajaan Negeri Perak akan disimpan kerana berpotensi sebagai sumber tenaga nuklear.
2. Jun 1982: Penduduk Parit, Perak mendapat tahu kerajaan telah memilih kawasan seluas sembilan ekar, kira-kira 6 km dari penempatan mereka untuk dijadikan tapak penimbunan sisa radioaktif syarikat ARE. Ekoran bantahan hebat daripada jawatankuasa penduduk serta lain-lain pertubuhan politik dan sosial, kerajaan membatalkan cadangan itu dan kemudian mula mencari tapak baru. Kilang ARE mula beroperasi di KM 7.2, Jalan Lahat di Bukit Merah.
3. 24 Mei 1985: Kira-kira 6,700 penduduk Papan dan pekan-pekan yang berhampiran menandatangani satu surat bantahan dan menghantarnya kepada Perdana Menteri, Menteri Besar Perak, Menteri Kesihatan serta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Kemudian seramai 200 penduduk Papan membantah tapak pembuangan yang dicadangkan. Mereka menyekat jalan yang menuju ke tapak itu. Pelbagai tunjuk perasaan telah diadakan oleh masyarakat setempat sebagai membantah tindakan kerajaan ini. Kemudian pada 19 September 1985, sekumpulan tiga orang dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengunjugi tapak buangan di Papan atas jemputan kerajaan Malaysia. Mereka mengisytiharkan tapak buangan itu tidak selamat.
4. 11 Januari 1985: Selepas mesyuarat kabinet yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Musa Hitam, kerajaan mengambil keputusan memindahkan tapak buangan sisa ke Mukim Belanja di Banjaran Kledang yang terletak kira-kira 5 km dari Papan dan 3 km dari Menglembu. Lapan orang penduduk, bagi pihak diri mereka sendiri dan penduduk Bukit Merah membuat satu permohonan di Mahkamah Tinggi Ipoh menahan ARE daripada mengeluar, menyimpan atau menimbun sisa radioaktif di sekitar kampung tersebut.Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 dikuatkuasakan. Ia memastikan pengendali bahagian pemasangan nuklear (termasuk kerajaan) bertanggungjawab terhadap ancaman nuklear. Lima ahli Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dibentuk di bawah Akta itu, dengan perwakilan dari Puspati, Kementerian Kesihatan serta Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Kemudian Hakim Anuar Datuk Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Ipoh memberikan kepada penduduk Bukit Merah perintah menahan dan menghentikan ARE daripada mengeluar dan menimbun bahan sisa radioaktif sehingga langkah-langkah keselamatan yang secukupnya diambil. Lebih daripada 1,500 penduduk Bukit Merah hadir di mahkamah untuk mendengar keputusan itu.
5. Kemudian pada 19 Januari 1994 ARE telah memberhentikan operasinya.
Sunday, January 23, 2011
TEAM BUILDING 2011 BY NISA' KUANTAN
Dicatat oleh
سريكندي آلنساء

Alhamdulillah.Dengan izinNya Allah Ya Baari', kami teamwork Nisa' Kuantan seramai 9 org daripada 11 orang ahli jawatankuasa NISA' KUANTAN 2011 telah pun selesai melaksanakan TEAM BUILDING bagi sesi 2011.Bertempat di Taman Bandar, Kuantan,seawal 8pagi kami ke sana pada pagi Ahad yang cukup hening dan suasana kehijauan yg sejuk dan dingin.
Team Building bertujuan membina idea-idea di kalangan jawatankuasa Nisa' Kuantan dalam melaksanakan program2 sepanjang 2011. Jawatan yang diamanahkan kepada ahli jawatankuasa yang baru telah pun berkuatkuasa pada 12 Januarai 2011 yang lalu melalui penyerahan surat watikah/taklifan yang disampaikan oleh Ketua Nisa' Kuantan sewaktu usrah mingguan baru2 ini.Alhamdulillah, melalui tazkirah yg disampaikan oleh Unit Pembangunan Insan dan Ketua Nisa' selaku Naqibah pimpinan Nisa' Kuantan, kesemua jawatankuasa menerima taklifan secara sukarela dan ikhlas.InsyaAllah.
Melalui team building yang dilaksanakan ini, unit-unit yang terlibat telah pun membentangkan perancangan2 program yg cukup menarik. Antara unit yang membentangkan perancangan program adalah Unit pembangunan Insan( Nur salsabila Mohd Isa), Unit Kebajikan dan Kaunseling( Zakiah@Zanariah bt Salehu), Unit Kesenian dan Sukan(Ummi Salamah bt Badrul Hisyam & Siti Sarah Ramli), Unit Nisa' News Network (Sharifah Zainab bt Syed Miqdam).
Majlis tertinggi NISA' KUANTAN terdiri daripada Ketua Nisa ( Maskhazila@Tohirah Ismail), Timbalan ketua (Norrul Afzan bt Zainal Abidin ), Setiausaha 1 ( Bazilah bt Salehu ), Setiausaha II ( Nur Izzati Hidayah ) dan Bendahari ( Ibtisam Aisyah ).
Team building di akhiri dengan bacaan doa rabitah dan tasbih kifarah/Surah al Asr.


Thursday, January 6, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)




















