Tuesday, January 19, 2010

"HULURKAN TANGAN, RINGANKAN BEBAN"

Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Artikel ini dikeluarkan pd bulan December 2009 di mana NISA' KUANTAN dgn kerjasama YDP PAS Kawasan Kuantan, wakil Unit Amal dan Pemuda serta Dewan Muslimat PAS Kuantan menziarahi keluarga fakir miskin. Antara kesulitan keluarga ini adalah hampir sebahagian anak2 mereka tidak bersekolah kerana tidak mampu utk membeli pakaian sekolah, buku2, yuran2 aktiviti, belanja harian persekolahan dan sebagainya.

Jadi kami team NISA' KUANTAN telah memberi kerjasama kpd PERTUBUHAN KEBAJIKAN DARUL NISA' - 3i untuk merujuk kes ini kepada pihak zakat dan JKM. Tetapi pengurusan yang di ambil agak lama dan kami meminta kerjasama dr mana2 pihak untuk membantu kami menguruskan permasalahan insan2 ini. Untuk makluman, Pertubuhan ini bukan sahaja membantu mereka dengan mendapatkan bantuan tetapi memberikan suntikan motivasi melalui program2 Agama dan ilmiah.Inilah pendekatan yang kami gunakan supaya insan2 ini tidak putus harapan kpd Allah Taala dan sentiasa yakin rezeki dr YA RAZAQ utk hamba2Nya..BERDOA LAH DAN BERUSAHALAH.. Dan kpd kita yang mampu, BANTULAH insan2 ini yang ingin bekerja tetapi mengalami kesulitan utk bergerak seperti orang2 biasa kerana penyakit kronik yang dihidapi..MASYAALLAH.. Lindungilah kami semua Ya Muhaimin..

Notes: Segala sumbangan samada barang dapur/zakat/infaq/buku2/pakaian baru/mesin basuh dan sebagainya bolehlah di salurkan melalui pegawai PERTUBUHAN KEBAJIKAN DARUL NISA' 3-i di talian 017-9040513 ( Pengurus) atau 013-9586641 ( Penyelia ). Atau bank in ke akaun Pengurus Pertubuhan :

Bank Islam ( 06019020517010 )
MAYBANK ( 156011882739 )

" ISLAM - IMAN - IHSAN "
TERIMA KASIH

No comments: