Friday, April 13, 2012

SESI PENERANGAN PERANAN NISA' KEPADA ORANG AWAM

Sesi taklimat dan tugasan NISA' seluruh Zon Timur~Nisa' Indera Mahkota, Nisa' Kuantan, Nisa' Paya Besar.
Wakil NISA' Pahang, Puan Fadlina dan Cik Mas Tohirah membentangkan kertas kerja berkaitan peranan mahasiswi dalam NGO NISA'.

IKLAN SEJENAK: -
STOP LYNAS!SAVE MALAYSIA!!! Himpunan Hijau serentak seluruh Malaysia bagi membantah syarikat LYNAS(company dari Australia yang  mendapat kelulusan kerajaan Pahang dan Kerajaan MALAYSIA bagi meneruskan industri yang kononnya memberi peluang pekerjaan dan kemajuan kpd negara.Alangkah sedihnya bilamana kerajaan Malaysia langsung tidak mengendahkan suara orang ramai especially penghuni yang berdekatan dengan projek pembuangan sisa-sisa toksik ini yang tidak mahukan projek merbahaya ini. Statement kerajaan Malaysia berkaitan tidak merbahaya nya projek ini tidak boleh dijadikan fakta memandangkan sekitar tahun 1983 ke atas,Bukit Merah di Perak telah menjadi pengajaran dan sejarah buat Malaysia apabila projek yang sama dilaksanakan di sana.Impaknya, penghuni berdekatan sehingga kini merasai kesannya apabila anak2 mereka di lahirkan cacat dan mendapat penyakit2 sampingan yang lain. Oleh itu, sebagai NGO kami dari NISA' KUANTAN dengan ini bersama2 NGO2 yang lain di Pahang terutamanya akan meneruskan misi BANTAHAN yang akan berlangsung serentak di seluruh negeri pada 13 April 2012 ini selepas solat Jumaat. Bagi warga Kuantan, demo bantahan akan dilaksanakan di hadapan Masjid Al Fatah, Batu 3, Kuantan. THIS IS NOT POLITICAL ISSUE, BUT ENVIRONMENT ISSUE!!!!ABOUT LIFE AND DEAD!!!! "

[11]Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi”, mereka menjawab: ” Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan”.

[12] Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.

- Terjemahan Al Quran Surah Al-Baqarah ayat 11 dan 12.

Gambar:Ketua Nisa' Kuantan, Puan Maskhazila@Tohirah Ismail sedang ditemuramah wartaman American semasa bantahan di buat di hadapan bangunan kedutaan Australia,area KLCC.

No comments: