Tuesday, December 11, 2012

NGO NISA' PAHANG DI PENTAS POLITIK DAN DAKWAH

 Forum bual santai bersama wakil Dewan Muslimat Pas Pahang dan Wakil Wanita Keadilan Pahang. Pengarah Nisa' Kuantan bertindak sbg juru bicara .
Wakil NGO, Dewan Muslimat Pas, Wanita Keadilan, Stop Lynas, DAP, Ketua pemuda negeri dan pusat, anak2 muda ARC.

Friday, December 7, 2012

KEM NISA' TEEN CIRCLE 2012


 
Program cuti sekolah 2012!
NISA' TEEN CIRCLE KEMBALI lagi.Kali ini siri ke 7 akan berlangsung pada 14-16 December 2012. Bertempat di ladang kuda, THE SADDLE CAMP, Pantai Sepat, Kuantan.
Kategori peserta adalah remaja lelaki dan perempuan, 10 - 15 thn, 16 - 21 tahun. Yuran RM100 (3 hari 2 malam ).Nak tunggang kuda racing tak?Kuda2 bekas champion pun ada.Kuda putih pun ada.:) Kembali kpd matlamat sebenar adalah untuk mencapai impian dan harapan seiring sbg generasi berjiwa Islam !Ayuh bersama team dan fasilitator NISA' KUANTAN.
Segera daftar kpd Ainul Nadirah dan Tohirah Sufi .
Careline : 013 925 7318 / 014 531 0150.

Saturday, November 24, 2012


Orang ramai di jemput hadir ke Forum Bual Santai anjuran GAMIS PAHANG sebagaimana poster berikut.Antara panelist muda adalah :

1- Ust Felza Zulhibri UIAM
2- Ukhti Tohirah Sufi(Maskhazila) Ismail , Aktivis Muslimah Muda NGO.

Dipengerusikan oleh saudara Hilmi Hamdan , Aktivis muda Mahasiswa.

Ayuh hadir pada ahad 25 Nov 2012, jam 8:30 malam di Restoran Rahmat, Indera Mahkota, Kuantan.

Sunday, September 30, 2012

BENGKEL MOTIVASI SPM 2012 DI KUANTAN

Satu bengkel motivasi SPM akan diadakan pada 13hb Oktober di Kuantan.Sijil dari pusat motivasi CAHAYA AL KHAIR RESOURCES dgn kerjasama team Nisa' Kuantan. Antara yg menarik :Kertas Kerja 1 : Menuju Al Falah . Kertas Kerja II: Teknik Menghafal dengan bantuan Ya Samad. Forum:Panelist dari fasilitator graduasi IPTA yang sudah bekerjaya.Bermula 8 pg hingga 3 petang.Dapat ILMU dapat SIJIL.Yuran paling murah :RM10.00 sahaja(makan pg/tengahari).Pendaftaran hubungi Office pusat motivasi cahaya al khair: 09 5580170. ~Dakwah dan kebajikan tidak melihat dunia tetapi akhirat~

Wednesday, July 18, 2012

NISA' SMALL KINDNESS 2012 KEMBALI MENEMUI RAMADHAN AL MUBARAK

 

Ziarah rumah keluarga fakir miskin, anak yatim, OKU, warga emas dan ibu tunggal untuk program sampaikan Sumbangan "Jejak Ramadhan".








Sebarang sumbangan samada infaq/bayar fidyah, boleh bank in kan ke akaun:

BANK ISLAM:
PENAMA: CAHAYA AL KHAIR RESOURCES
No. Akaun : 06019010087690

atau hubungi Ketua Nisa' Kuantan : Cik Mas Tohirah Sufi (013 925 7318)
atau Bendahari : Cik Aishah Ibtisam (019 986 1485). Selepas bank in sila hubungi kami utk kami dapatkan makluman penyumbang untuk menerima kad raya Nisa' Kuantan sbg tanda penghargaan dan terima kasih.

Friday, April 13, 2012

SESI PENERANGAN PERANAN NISA' KEPADA ORANG AWAM

Sesi taklimat dan tugasan NISA' seluruh Zon Timur~Nisa' Indera Mahkota, Nisa' Kuantan, Nisa' Paya Besar.
Wakil NISA' Pahang, Puan Fadlina dan Cik Mas Tohirah membentangkan kertas kerja berkaitan peranan mahasiswi dalam NGO NISA'.

IKLAN SEJENAK: -
STOP LYNAS!SAVE MALAYSIA!!! Himpunan Hijau serentak seluruh Malaysia bagi membantah syarikat LYNAS(company dari Australia yang  mendapat kelulusan kerajaan Pahang dan Kerajaan MALAYSIA bagi meneruskan industri yang kononnya memberi peluang pekerjaan dan kemajuan kpd negara.Alangkah sedihnya bilamana kerajaan Malaysia langsung tidak mengendahkan suara orang ramai especially penghuni yang berdekatan dengan projek pembuangan sisa-sisa toksik ini yang tidak mahukan projek merbahaya ini. Statement kerajaan Malaysia berkaitan tidak merbahaya nya projek ini tidak boleh dijadikan fakta memandangkan sekitar tahun 1983 ke atas,Bukit Merah di Perak telah menjadi pengajaran dan sejarah buat Malaysia apabila projek yang sama dilaksanakan di sana.Impaknya, penghuni berdekatan sehingga kini merasai kesannya apabila anak2 mereka di lahirkan cacat dan mendapat penyakit2 sampingan yang lain. Oleh itu, sebagai NGO kami dari NISA' KUANTAN dengan ini bersama2 NGO2 yang lain di Pahang terutamanya akan meneruskan misi BANTAHAN yang akan berlangsung serentak di seluruh negeri pada 13 April 2012 ini selepas solat Jumaat. Bagi warga Kuantan, demo bantahan akan dilaksanakan di hadapan Masjid Al Fatah, Batu 3, Kuantan. THIS IS NOT POLITICAL ISSUE, BUT ENVIRONMENT ISSUE!!!!ABOUT LIFE AND DEAD!!!! "

[11]Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi”, mereka menjawab: ” Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan”.

[12] Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.

- Terjemahan Al Quran Surah Al-Baqarah ayat 11 dan 12.

Gambar:Ketua Nisa' Kuantan, Puan Maskhazila@Tohirah Ismail sedang ditemuramah wartaman American semasa bantahan di buat di hadapan bangunan kedutaan Australia,area KLCC.

Tuesday, February 7, 2012

FORUM :KU PINANG MU DENGAN BISMILLAH

Dijemput muslimin muslimat ke TALK SHOW "KU PINANG MU DENGAN BISMILLAH" anjuran AMAN CLUB KIPSAS dan CAHAYA AL KHAIR RESOURCES pada 13 Februari 2012, Masjid Kipsas,jam 8 malam.Ahli Panel:1-Ustazah Mahaya Manaf,pendakwah bebas FB Mari Tanya Ustazah,2-Ust Sufian,Pensyarah Kolej Islam Pahang, 3-Ukhti Maskhazila Ismail@Tohirah,Pengarah Cahaya Al Khair Resources.Kupasan ilmu dan sesi soal jawab,serta montaj2 menarik.Masuk percuma!